KLIK-KLIK

member diari ku...

Sunday, 3 February 2013

KAMI JUARA!!!LARKIN RANGERS

tahniah LARKIN RANGERS..

ALHAMDULILLAH kemenangan berpihak kepada LARKIN RANGERS dengan menundukkan Team SAUJANA FC 3-0..

Merupakan Juara sulung untuk PIALA AHLI MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAHTUAN HAJI SAPIEE BARIMA P.I.S LAS LEAGUE 2012/13

bergaya sebelum game..Gambar wajib






LARKIN RANGERS THE BEST
time amik pingat emas..hehehe





Aku dapat pingat...KAU ADA!!!hehehe


posing ngan PIALA kemenangan

 Kami LARKIN RANGERS


ni aku yang punya hah...walaupun pinjam

SUPPORTER terhebat...mesti nk posing gak ngan piala

Saturday, 2 February 2013

JOM JOIN SEGMEN blog kesayangan : BLOG COKLATEYES

salam semua..

Pagi ni cyma bw and jumpa segmen ni kat hanida moss n decide nak join n support gak blog innanie..

ni 1st segmen yang cyma join

so geng semua jom follow segmen ni gak k..

syarat2 dia senang je..

1.  kena follow blog innanie & like FB dia  - done
2. Wajib letak blog dia kat dalam blog list - done
3. buat entry untuk jemput geng-geng blogger yang lain  -done
4. and last sekali tinggalkan jejak kasih sayang korang kat kotak komen untuk segmen ni..-done

senang je kan...so pe lagi jom kite ramai2kan segmen ni...

Friday, 1 February 2013

Madah Buruk : Sahabat

HIDUP ini penuh dugaan: 


✿ Kadangkala kita rasa DEKAT dengan seseorang itu, tapi sebenarnya JAUH. 

✿ Walaupun kita dapat BERSAMA dia, belum tentu HATI dia dapat kita SELAMI. 

✿ Mungkin kita boleh buat dia KETAWA, tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA. 

✿ Bila dia menangis kita rasa kita dapat MEMUJUKNYA, namun hakikatnya kehadiran kita langsung TIDAK 
    DISEDARI.

Kita tidak akan tahu siapa SAHABAT atau siapa LAWAN. 

Sehingga sampai saat kita JATUH TERSUNGKUR..
Tangan DIHULURKAN oleh insan yang bernama SAHABAT
 atau kita DITINGGALKAN oleh insan yang tak setia

namun aku juga tidak pasti
Adakah aku mampu MENGHULURKAN tangan
Atau sekadar MENINGGALKAN


namun aku berdoa aku boleh menjadi sahabat terbaik untuk saat susah dan senang..
kerana :-

Sahabat itu seperti bintang.
Tak selalu nampak tetapi selalu ada.
Sentiasa menemani bulan walau tak kelihatan..

BFF forever..tq susah senang sama2

we are Buddies since form 3..tq geng..

shell BFF..dah macam adik beradik..




Monday, 28 January 2013

ROAD TO FINAL LARKIN RANGERS

ALHAMDULILLAH...Syukur padaMU YA ALLAH..kemenagan untuk LARKIN RANGERS

Fuuuh...malam td kira leh sakit jantung la kan tengok game Larkin Rangers VS Ranhill... Sakit jantung tengok alid selamatkan gawang Larkin Rangers..Sakit Jantung tengok budak2 ni main..Sakit jantung tengok Budak2 Ranhill dengan keganasannya.. Game yang sungguh mendebarkan..Ye la kan dua2 pasukan ada kelebihan dan kelemahan masing2. Dan yang pastinya dua2 pasukan ingin ke Final...

And THE LAST RESULT

LARKIN RANGERS WIN 2-1 vs Ranhill

Tahniah untuk semua player Larkin Rangers..tanpa semangat sepasukan mesti kalian tidak boleh berada di tahap ini..

Diharapkan semua player akan menunjukkan prestasi yang lebih baik untuk menentang SAUJANA FC di Final nnt..

Tunggu kan Game Final

LARKIN RANGERS VS SAUJANA FC
Tarikh : 02/02/2013
Jam     : 08.45 malam
Tempat  : Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah

jom untuk semua geng2 blogger yang dok area jb dtg ramai2 sokong team larkin..masuk free je...




Sunday, 27 January 2013

GOOD LUCK LARKIN RANGERS

Malam ni game separuh akhir untuk Liga LAS EVENT untuk team Larkin Rangers..


LARKIN RANGERS vs RANHILL
Stadium Mini Tmn Ungku Tun Aminah, JB
Jam : 845 malam
Masuk adalah percuma

                                                      


untuk geng-geng blogger yang x kemana-mana n dok area jb jom la ramai2 turun n support Team LARKIN RANGERS.

Semoga malam ni kemenangan berada di pihak Larkin Rangers..aminn
Hope alid jd KEEPER CEKAP untuk mlm ni dan untuk game2 yang akan dtg..


LARKIN RANGERS boleh!!!


Tangan Gatal

Punya la gatal tangan cyma sbb nak memandai-mandai tukar blog address...klik sana klik sini last2 berjaya gak jadi macam asal cuma nama dah berubah...

PERKENAL ADDRESS BLOG CYMA...


yang lepas..selamat tingal untuk

secawan-teh-hijau.blogspot.com..

sorry lah k kalu geng2 blogger confius...

tq coz support n jd geng DIARI BURUK...

Thursday, 24 January 2013

Cinta BURuk: Tanda Dia adalah Soulmate mu..

Adakah kamu pernah terpikir??
Adakah Si Dia Adalah Soulmate kamu..
Jom semak..

  1. Bersikap Bersahaja
Cuba tengok gerak geri si dia.. samaada si dia tengah control macho @ ayu atau lebih bersikap bersahaja..
Jika si dia tidak cuba menjadi diri orang lain semasa berada disamping kamu sebenarnya dia adalah pilihan yang tepat untuk dirimu.. Sikapnya yang bersahaja tanpa kepura-puraan akan menjadikan hubungan kamu lebih harmoni kerana kamu berdua memahami 1 dengan lain.

    2.  Berkerjasama
kamu dan si dia saling bekerjasama dalam pelbagai hal terutamanya yang melibatkan hubungan kamu berdua..Jika si dia sentiasa membantu kamu walau dalam apa hal sekalipun besar kemungkinan dia adalah soulmate kamu..

3.  Hati Tenang Bila Bersama
cuba selami hati dan perasaan kamu bila bersama dengan si Dia. Apakah perasaan kamu ketika bersamanya? Jika kamu merasai detik2 yang dilalui bersamanya tidak pernah membosankan dan segalanya tenang dan aman bila bersama itulah tanda kamu telah terikat dengan cinta si Dia.

4. Si Dia Penyelamat Kamu.
Siapakah Hero kamu saat ini? Adakah dia sentiasa bersama2 kamu saat kamu melalui hari2 yang sukar & sentiasa disisi kamu menemani hari2 yang indah. Jika Ya..ternyata dia serius dalam perhubungan cinta ini.. Sikapnya yang memahami dan mengambil berat dalam pelbagai perkara dalam hidupmu menjadikan dia pilihanmu yang tepat.

5.Terima Seadanya
Si dia menerima kamu seadanya kamu. Setiap orang punyai kelemahan dan kelebihan. Jika si Dia menerima setiap perbezaan dengan terbuka dan menganggap kehadiran dirimu melengkapi hidupnya..Kerana baginya tiada orang yang sempurna di dunia ini.. maka jangan tunggu lagi terimalah cintanya sebelum terlewat


6. Restu Keluarga
Jika hubungan kalian mendapat restu kedua-dua keluarga ternyata sememangnya kamu dan si dia boleh memikirkan langkah seterusnya dalam hubungan kalian. Restu keluarga amat penting. Jadi cubalah untuk mengambil hati dan berbaik2 dengan semua orang. Perkahwinan intu buka hanya melibatkan kamu dan si Dia tetapi keseluruhan keluarga kamu dan dia.


List LEPAK diari buruk