KLIK-KLIK

member diari ku...

Tuesday, 8 October 2013

Indahnya alam persekolahan

Pagi ini aku awal ke tempat kerja... bersaing bersama2 budak2 sekolah..
Alangkah indahnya alam persekolahan kan??
Rindu menyapa...
Pelbagai kenangan manis terpahat dlm ingatan
Kenangan yg pastinya sukar utk diceritakan
Sukar utk digambarkan
Alangkah indahnya saat itu
Tp mungkin pada ketika itu menjadi dewasa adalah misi utama
X perlu bgn pagi
X perlu buat homework
X perlu dimarahi cikgu
X perlu mengikut peraturan
Dan pelbagai lg yg digambarkan indah menjadi dewasa
Tanpa sedar alam persekolahan berlalu
melewati hari2 dengan pelbagai masalah dan cabaran hidup yg terpaksa difikirkan dan ditempuh
Dimana manisnya menjadi dewasa?
Masih perlu bangun pagi
Masih boleh dimarahi bos
Masih perlu mengikut peraturan
Dan pelbagai tanggungjawab yang bertambah...
Namun masa xkan dapat diulang...
Oleh itu pesan ku pada mereka yang masih bergelar pelajar
"Belajar dan belajarlah bersungguh2..kerana pasti apabila kite dewasa kite akan merindui zaman sekolah..
Kita akan lebih menyesali masa lampau jika hidup yg perlu diteruskan semakin sukar kerana sikap kita di bangku sekolah.."

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 1 October 2013

Hidup

Hidup ini bukan seperti yang kita  harapkan
Kita mengharapkan kehidupan yang sempurna
Tanpa kita sedar kesempurnaan itu takkan pernah ada
Kita harapkan mentari sentiasa menyinari di sepanjang hari
Tanpa kita sedar hujan dtg membasahi bumi
Kita harapkan pelangi indah menghiasi alam
Namun dimana dtgnya pelangi jika tiada hujan
Hidup ini umpama mentari,hujan dan pelangi indah
Melewati kehidupan takkan pernah lari dr menghadapi dugaan dan cabaran
Namun yakinlah disetiap kesukaran pasti terselit kemanisan dan hikmah
Disetiap derita pasti dipenghujungnya kebahagiaan yang menanti
Tetaplah kuat wahai hati
Walau apa jua halangannya
Walau sesukar mane
Bangun lah kembali
Jgn pernah mengalah
Jatuh bukan bermakna kalah
Kalah bukan bermakna gagal
Org yang kalah adalah mereka yang tidak belajar dr kesilapan lama
Org yg berjaya menjadikan cabaran dan dugaan yang ditempuh landasan hidup utk menuju masa dpn yg lebih cerah
Wahai hati bangkitlah
Wahai hati tabahlah
Wahai hati kuatlah
Yakinlah esk pasti ada mentari lagi...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 30 September 2013

Hati ini teruji lagi

Selagi aku diberi olehNya untuk bernafas di muka bumi ini
Selagi itu aku akan kuat menempuh ujian yg dtg
Selagi aku masih dikelilingi oleh insan2 yang menyayangi aku
Selagi itu aku akan tetap tabah dan kuat
Selagi aku mampu utk memberikan kebahagian kepada insan yg aku sayangi
Selagj itu aku rela berkorban dan mengalah
Selagi esk masih ada harapan
Selagi itu aku akan tetap terus tersenyum
Walau seribu duka dihati
Duhai hati....tetap lah tabah dan kuat
Pasti ada hikmah yg tersembunyi...
#mengubati lara di hati

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 26 September 2013

MEMBACA TERAPI MINDA

Hai semua...
Jom baca majalah...
Kalau nk tahu dlm byk2 majalah cyma lebih berminat nk baca majalah midi..


Mungkin pada korang majalah ni utk golongan wanita 40 tahun ke atas..
Mungkin ada jugak bertanye kenapa midi??x sesuai dengan umur cyma la!!
Why n why n why
Jawapan die simple..
Sebb banyak info utk kite
Info kesihatan yang mungkin boleh dijadikan panduan utk lebih memahami ibu n bapa kite.
Semua ruangan cyma suke..
Tp 1 ruangan yg cyma x pernah lepas adalah tulisan ABD JALIL ALI..diari suami

Kadang2 boleh tergelak dibuatnya membaca penulisan beliau yang amat bersahaja..
Kadang apa yg diceritakan adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan beliau.
Amat terkesan dihati..
#membaca terapi minda
Published with Blogger-droid v2.0.10

ANGAN SI TUKANG SAPU

kredit : google image
# tanpa si tukang sapu mcm mane keadaan persekitaran kita ?


Setiap org ada cita2 dan impian kan??
Mungkin sesuai la kot cite yang cyma tengok ni dengan kontrovesi minggu ni yang dok hangat kat dlm fb n youtube..
Haha...sori yek..ini secara kebetukan menyamai situasi ini..
Tp ye la kan..setiap yg berlaku dpn mata perlu dipikirkan dan di ambil iktibar..
Mungkin hari ini kite dibawah..
Dihina dan di caci
Tp kite x kan pernah tahu nasib dan rezeki kite pada hari esok.
Yang diatas adakah pasti selamanya kaya dan terhormat?
Jangan terlalu pasti!!!
Cth terbaik..siapa tidak mengenali Tegar.

kredit:google image
.#aku yang dulu bukanlah yang sekarang..
Dulu seorang pengemis tp hari ini siapa dia di mata kita??
Susah dulu bukan makna susah selamanya..begitulah hidup.
Selagi ada usaha pasti boleh berjaya kan.
Tp kene usaha la kan.
Berbalik pada si tukang sapu tu
Dengan berbekalkan kesungguhan dalam mengejar impian dan cita2
Hidup si tukang sapu boleh berubah.
Walau siapa kite walau apapun pangkat kite biarlah selalu beringat
Beringat yang hidup ni macam roda
#si tukang sapu yang ikhlas dan berusaha membaiki diri pasti di respect dan diberi jalan oleh Allah SWT
Tp si kaya yang angkuh dan takbur!!adakah anda pasti anda akan kekal disitu?
Kredit utk drama:angan si tukang sapu lakonan almy nadia
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 25 September 2013

setelah sekian lama

Rindu utk menulis kembali memuncak...setelah pelbagai perkara berjalan dan perlu dijalani..sekarang buatkan cyma redha untuk menerima apa yg telah tersurat..hidup perlu dijalani..hidup perlu diteruskan..walau susah mcm mane pun..
Lihat dikeliling masih ramai lagi yg tidak bernasib baik dibandingkan dengan diri ini...
Oleh itu perlu bersyukur...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 3 July 2013

Apa yang Ada Dlm Pikiran mereka...???

salam semua...


  • hari ni semua surat khabar melaporkan ibu dan bapa tiri yang melakukan penderaan terhadap ank mereka telah dihadapkan ke muka pengadilan dan telah dijatuhkan hukuman.

cyma terpikir mengapa ada manusia sekejam ini.. apa yang mereka fikirkan saat mereka mendera dan memukul kanak-kanak terbabit..

  • Tidak terlintas rasa belas dan kasihan ke dalam fikiran mereka..??

entah la kan...semua org mempunyai masalah..tp mengapa anak kecil yang tidak mengerti apa-apa menjadi mangsa.. walau apa pun alasan si ibu dan bapa mendera anak sehingga begitu teruk luka yang dialami amat tidak mampu untuk di maafkan...tidak mampu untuk diterima alasan..

  • sayu melihat gambar kanak-kanak terbabit...sungguh menyayat hati...

mungkin masyarakat kita kini terlalu mementingkan diri dan mengambil sikap tidak peduli..
jika kita "MENJAGA TEPI KAIN ORANG" pada hal yang sepatutnya..mungkin kanak-kanak ini mampu cepat diselamatkan..

  • Hari ini hukuman telah dijatuhkan..berharap ibu dan bapa kanak-kanak ini menyedari kesilapan yang telah dibuat..

Berdoa agar kanak-kanak yang terlibat mampu kuat meneruskan hidup dan menghadapi hari mendatang..

moga mereka insaf!!

List LEPAK diari buruk