KLIK-KLIK

member diari ku...

Saturday, 30 November 2013

Jom kenal...

Orang kata...
Kita takkan kenal pasangan kita selagi kita x berkahwin
Orang kata...
Bila bercinta lautan api sanggup direnangi..
Orang kata
Tunggu lah bila dah kawin..
Mampu ke nak renang selebar kolam renang sekalipun...
Itu semua orang kata..
Pucuk pangkalnya
Kita..hati kita
Hati pasangan kita
Kelebihan akan menutupi kelemahan
Kelemahan mampu ditutupi dengan belajar..
Bukan suruh baca buku bertingkat2
Tp ilmu hidup mmg kne belajar
Sekolah terbaik utk belajar
Adalah kehidupan..


Nukilan...
Cyma
30.11.2013
1133pm

Tangisan di hati

Dalam hati ini
Ada sendu yg tersimpan
Ada tangis yg tak terluah
Ada duka sebalik senyuman
Namun...
Hari esok akan tetap datang
Hari esok akan tetap perlu ditempuh
Bagaimana???
Hati ini merintih
Hati ini merayu tiada hari esok
Hati ini berharap esok takkan tiba..
Kenyataannya...
Hidup perlu diteruskan
Hidup perlu dilalui
Semalam telah jadi sejarah
Hari ini telah dilalui
Esok terus menanti utk ditempuhi
Duhai hati...
Tetaplah tabah
Tetaplah kuat
Usap air matamu dengan senyuman
Pasti hati akan lega
Jalani hari esok dengan semangat
Kerana dunia ini indah untuk dinikmati bersama senyuman..


Nukilan...
Cyma
30.11.2013
123am

Friday, 11 October 2013

duhai hati tabahlah

hati ini teruji lagi
bolehkah ada lagi kepercayaan dihati
bolehkah dibentuk kembali hati yang telah hancur
bolehkah kelukaan disembuh
bolehkah????
aku mahu terbang
mahu pergi mencari cebisan kekuatan untuk bangkit
bisakah aku melakukan semua itu?
aku tak mahu menangis lagi
kan ku pujuk hati ini menjadi tabah
kan ku pujuk hati ini...
tangisan takkan merubah keadaan
tangisan sudah tidak memberi apa-apa makna
aku kene kuat
aku kene tabah
aku perlu..terus berdiri
tiba masanya aku memikirkan diri sendiri
tiba masanya aku mula berdikari
tiba masanya aku pergi.....


nukilan rasa :
cyma 11.10.2013
12.43pm

Tuesday, 8 October 2013

Indahnya alam persekolahan

Pagi ini aku awal ke tempat kerja... bersaing bersama2 budak2 sekolah..
Alangkah indahnya alam persekolahan kan??
Rindu menyapa...
Pelbagai kenangan manis terpahat dlm ingatan
Kenangan yg pastinya sukar utk diceritakan
Sukar utk digambarkan
Alangkah indahnya saat itu
Tp mungkin pada ketika itu menjadi dewasa adalah misi utama
X perlu bgn pagi
X perlu buat homework
X perlu dimarahi cikgu
X perlu mengikut peraturan
Dan pelbagai lg yg digambarkan indah menjadi dewasa
Tanpa sedar alam persekolahan berlalu
melewati hari2 dengan pelbagai masalah dan cabaran hidup yg terpaksa difikirkan dan ditempuh
Dimana manisnya menjadi dewasa?
Masih perlu bangun pagi
Masih boleh dimarahi bos
Masih perlu mengikut peraturan
Dan pelbagai tanggungjawab yang bertambah...
Namun masa xkan dapat diulang...
Oleh itu pesan ku pada mereka yang masih bergelar pelajar
"Belajar dan belajarlah bersungguh2..kerana pasti apabila kite dewasa kite akan merindui zaman sekolah..
Kita akan lebih menyesali masa lampau jika hidup yg perlu diteruskan semakin sukar kerana sikap kita di bangku sekolah.."

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 1 October 2013

Hidup

Hidup ini bukan seperti yang kita  harapkan
Kita mengharapkan kehidupan yang sempurna
Tanpa kita sedar kesempurnaan itu takkan pernah ada
Kita harapkan mentari sentiasa menyinari di sepanjang hari
Tanpa kita sedar hujan dtg membasahi bumi
Kita harapkan pelangi indah menghiasi alam
Namun dimana dtgnya pelangi jika tiada hujan
Hidup ini umpama mentari,hujan dan pelangi indah
Melewati kehidupan takkan pernah lari dr menghadapi dugaan dan cabaran
Namun yakinlah disetiap kesukaran pasti terselit kemanisan dan hikmah
Disetiap derita pasti dipenghujungnya kebahagiaan yang menanti
Tetaplah kuat wahai hati
Walau apa jua halangannya
Walau sesukar mane
Bangun lah kembali
Jgn pernah mengalah
Jatuh bukan bermakna kalah
Kalah bukan bermakna gagal
Org yang kalah adalah mereka yang tidak belajar dr kesilapan lama
Org yg berjaya menjadikan cabaran dan dugaan yang ditempuh landasan hidup utk menuju masa dpn yg lebih cerah
Wahai hati bangkitlah
Wahai hati tabahlah
Wahai hati kuatlah
Yakinlah esk pasti ada mentari lagi...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 30 September 2013

Hati ini teruji lagi

Selagi aku diberi olehNya untuk bernafas di muka bumi ini
Selagi itu aku akan kuat menempuh ujian yg dtg
Selagi aku masih dikelilingi oleh insan2 yang menyayangi aku
Selagi itu aku akan tetap tabah dan kuat
Selagi aku mampu utk memberikan kebahagian kepada insan yg aku sayangi
Selagj itu aku rela berkorban dan mengalah
Selagi esk masih ada harapan
Selagi itu aku akan tetap terus tersenyum
Walau seribu duka dihati
Duhai hati....tetap lah tabah dan kuat
Pasti ada hikmah yg tersembunyi...
#mengubati lara di hati

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 26 September 2013

MEMBACA TERAPI MINDA

Hai semua...
Jom baca majalah...
Kalau nk tahu dlm byk2 majalah cyma lebih berminat nk baca majalah midi..


Mungkin pada korang majalah ni utk golongan wanita 40 tahun ke atas..
Mungkin ada jugak bertanye kenapa midi??x sesuai dengan umur cyma la!!
Why n why n why
Jawapan die simple..
Sebb banyak info utk kite
Info kesihatan yang mungkin boleh dijadikan panduan utk lebih memahami ibu n bapa kite.
Semua ruangan cyma suke..
Tp 1 ruangan yg cyma x pernah lepas adalah tulisan ABD JALIL ALI..diari suami

Kadang2 boleh tergelak dibuatnya membaca penulisan beliau yang amat bersahaja..
Kadang apa yg diceritakan adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan beliau.
Amat terkesan dihati..
#membaca terapi minda
Published with Blogger-droid v2.0.10

List LEPAK diari buruk