KLIK-KLIK

member diari ku...

Monday, 28 January 2013

ROAD TO FINAL LARKIN RANGERS

ALHAMDULILLAH...Syukur padaMU YA ALLAH..kemenagan untuk LARKIN RANGERS

Fuuuh...malam td kira leh sakit jantung la kan tengok game Larkin Rangers VS Ranhill... Sakit jantung tengok alid selamatkan gawang Larkin Rangers..Sakit Jantung tengok budak2 ni main..Sakit jantung tengok Budak2 Ranhill dengan keganasannya.. Game yang sungguh mendebarkan..Ye la kan dua2 pasukan ada kelebihan dan kelemahan masing2. Dan yang pastinya dua2 pasukan ingin ke Final...

And THE LAST RESULT

LARKIN RANGERS WIN 2-1 vs Ranhill

Tahniah untuk semua player Larkin Rangers..tanpa semangat sepasukan mesti kalian tidak boleh berada di tahap ini..

Diharapkan semua player akan menunjukkan prestasi yang lebih baik untuk menentang SAUJANA FC di Final nnt..

Tunggu kan Game Final

LARKIN RANGERS VS SAUJANA FC
Tarikh : 02/02/2013
Jam     : 08.45 malam
Tempat  : Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah

jom untuk semua geng2 blogger yang dok area jb dtg ramai2 sokong team larkin..masuk free je...




Sunday, 27 January 2013

GOOD LUCK LARKIN RANGERS

Malam ni game separuh akhir untuk Liga LAS EVENT untuk team Larkin Rangers..


LARKIN RANGERS vs RANHILL
Stadium Mini Tmn Ungku Tun Aminah, JB
Jam : 845 malam
Masuk adalah percuma

                                                      


untuk geng-geng blogger yang x kemana-mana n dok area jb jom la ramai2 turun n support Team LARKIN RANGERS.

Semoga malam ni kemenangan berada di pihak Larkin Rangers..aminn
Hope alid jd KEEPER CEKAP untuk mlm ni dan untuk game2 yang akan dtg..


LARKIN RANGERS boleh!!!


Tangan Gatal

Punya la gatal tangan cyma sbb nak memandai-mandai tukar blog address...klik sana klik sini last2 berjaya gak jadi macam asal cuma nama dah berubah...

PERKENAL ADDRESS BLOG CYMA...


yang lepas..selamat tingal untuk

secawan-teh-hijau.blogspot.com..

sorry lah k kalu geng2 blogger confius...

tq coz support n jd geng DIARI BURUK...

Thursday, 24 January 2013

Cinta BURuk: Tanda Dia adalah Soulmate mu..

Adakah kamu pernah terpikir??
Adakah Si Dia Adalah Soulmate kamu..
Jom semak..

  1. Bersikap Bersahaja
Cuba tengok gerak geri si dia.. samaada si dia tengah control macho @ ayu atau lebih bersikap bersahaja..
Jika si dia tidak cuba menjadi diri orang lain semasa berada disamping kamu sebenarnya dia adalah pilihan yang tepat untuk dirimu.. Sikapnya yang bersahaja tanpa kepura-puraan akan menjadikan hubungan kamu lebih harmoni kerana kamu berdua memahami 1 dengan lain.

    2.  Berkerjasama
kamu dan si dia saling bekerjasama dalam pelbagai hal terutamanya yang melibatkan hubungan kamu berdua..Jika si dia sentiasa membantu kamu walau dalam apa hal sekalipun besar kemungkinan dia adalah soulmate kamu..

3.  Hati Tenang Bila Bersama
cuba selami hati dan perasaan kamu bila bersama dengan si Dia. Apakah perasaan kamu ketika bersamanya? Jika kamu merasai detik2 yang dilalui bersamanya tidak pernah membosankan dan segalanya tenang dan aman bila bersama itulah tanda kamu telah terikat dengan cinta si Dia.

4. Si Dia Penyelamat Kamu.
Siapakah Hero kamu saat ini? Adakah dia sentiasa bersama2 kamu saat kamu melalui hari2 yang sukar & sentiasa disisi kamu menemani hari2 yang indah. Jika Ya..ternyata dia serius dalam perhubungan cinta ini.. Sikapnya yang memahami dan mengambil berat dalam pelbagai perkara dalam hidupmu menjadikan dia pilihanmu yang tepat.

5.Terima Seadanya
Si dia menerima kamu seadanya kamu. Setiap orang punyai kelemahan dan kelebihan. Jika si Dia menerima setiap perbezaan dengan terbuka dan menganggap kehadiran dirimu melengkapi hidupnya..Kerana baginya tiada orang yang sempurna di dunia ini.. maka jangan tunggu lagi terimalah cintanya sebelum terlewat


6. Restu Keluarga
Jika hubungan kalian mendapat restu kedua-dua keluarga ternyata sememangnya kamu dan si dia boleh memikirkan langkah seterusnya dalam hubungan kalian. Restu keluarga amat penting. Jadi cubalah untuk mengambil hati dan berbaik2 dengan semua orang. Perkahwinan intu buka hanya melibatkan kamu dan si Dia tetapi keseluruhan keluarga kamu dan dia.


Bicara Aur Dengan Tebing

 Adik Beradik
=
Umpama Aur Dan Tebing
Saling memerlukan antara satu sama lain..
Tiada aur maka robohlah tebing dilanda badai.
Tiada tebing maka tiada tempat aur bertapak..

Ini Kisah kami 3 Beradik
Semoga terus erat & teguh seperti aur dengan tebing
Aminn..

along (cyma) & abe

adik





Darjah 1









Kak Long sayang Abe & Adik..


Tuesday, 22 January 2013

Buang Yang Lama Ambil Yang Baru..

orang kata kalau kita gaduh2..
Buang yang keruh ambil yang jernih.
Baru la hubungan tu kekal serasi dan bahagia...

tp apa maksud buang yang lama ambil yang baru???
nak tukar boyfriend ke?? hahaha
mana mungkin begitu...
SETIA!!!!
ni hah cyma nk suruh alid tukar sliper fipper dia yang da uzur dan da tua sgt tu..hehehehe
cari punya cari kaler yang gempak n at last jumpa gak la yang memenuhi selera..

mempersembahkan!!!!

fipper terbaru untuk kaki kami.


yang slim sure la cyma punya dan yang besar tu kaki alid la kan..

ni fipper kami tahun lepas..kalu tengok date kt gambar tu lebih kurang setahun la gak kan baru kami beli baru..tahan gak sliper ni..
cyma punya da pun cyma sedekahkan kt shell untuk g toilet coz da uzur benar..yang alid punya still dia pakai walau da berlubang...nasib ko la sliper..
Setia Hujung Nyawa la katakan..hehehe

Cinta Buruk- Tips Elakkan Pergaduhan

wah tajuk gempak gile sey...pagi2 ni tetiba cyma dapat idea untuk bagi sikit tip macam mana nk kekalkan keserasian dan kebahagian dengan cinta hati...ini bukan sekadar tips tapi peringatan untuk cyma jugak.
sumber google image..

sebenarnya serasi @ tidak 1 pasangan tu hanya dapat dirasai oleh pasangan tersebut je..
mungkin pada pandangan org lain pasangan ni x serasi @ x padan..tp pasangan tu happy je walau gaduh2 manja..
sbb pucuk pangkalnya serasi tu terletak pada hati masing2 untuk mencorakkan hubungan.

Bagaimana nak buat kita serasi dan elakkan pergaduhan dengan pasangan kita?

1) Terima dirinya seadanya
Bila kita dah declare dia sebagai pasangan kita so kita kenalah terima dia seadanya, Terima buruk dan baiknya dia. Terima segala kelebihan dirinya dan kekurangannya. Walau ada  kekurangan yang perlu di perbaiki cuba untuk berubah slow2 sbb bila kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi supaya pasangan kita berubah dan menjadi seperti yang kita bayangkan dan inginkan ditakuti kita akan kecewa. tidak semua orang boleh didesak untuk berubah. Jadi terimalah dia seadanya sebagai mana dirinya..
2) Bertolak ansur & Memahami
Bagi mencapai tahap keserasian dalam hubungan pasangan haruslah menanamkan sifat bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Jika kita saling memahami pergaduhan yang melibatkan perkara remeh tidak akan terjadi. 
3) Saling percaya 
Kepercayaan amat penting dalam sesebuah hubungan. Pasangan mestilah saling percaya 1 dengan lain. lebih2 lagi melibatkan hubungan jarak jauh. Kesetiaan amat penting. Dan sebagai pasangan jangan kianati kepercayaan yang telah diberikan. Janji & kepercayaan jika dikhianati amat perit untuk ditelan. ia umpama sekeping kertas yang telah dironyokkan..walau di seterika sekalipun..garisnya jelas kelihatan..


4) Jangan Mengongkong 
Siapa yang suka jika hidupnya dikawal dan dikongkong. Jadi sebagai pasangan ada masa kita patut beri pasangan kita ruang dan peluang untuk buat apa yang mereka kehendaki tanpa kita. Perasaan rimas akan mendorong pasangan menipu atau mencetuskan pergaduhan. Jadi untuk kekal serasi dan bahagia elakkan mengongkong pasangan. Cukuplah jika kita tahu dia di mana & bersama siapa. Tidak perlu untuk menelefon setiap minit. Mengongkong juga termasuklah selalu memeriksa secara sembunyi handphone pasangan. Selalulah berfikiran positif dan bersangka baik ia dapat mengelakkan pergaduhan berlaku.
5) Jangan Cemburu Buta
Cemburu tanda sayang. memang betul ungkapan tu, tp jika berlebihan ia mengundang pergaduhan dalam hubungan. Elakkan terlalu cepat cemburu dan menuduh pasangan menduakan anda. Seeloknya periksa dan selidik dulu kebenarannya baru bertindak. 

cinta perlukan usaha dan pengorbanan. Ujian dan dugaan pasti akan dtg namun tetaplah teguh bersama menempuhnya kerana pasti akan ada sinar kebahagian dipenghujungnya..

tetap lah teguh disisi saat senang & sukar..


List LEPAK diari buruk