KLIK-KLIK

member diari ku...

Friday, 22 March 2013

LAUTAN API SANGGUPKAH DIRENANGI???

salam Jumaat semua...

belek2 fb pagi ni terjumpa gambar yang cyma rasa agak lucu...tp bile di pikirkan kembali itulah harapan kita terhadap pasangan kita...

cyma selalu berharap pasangan cyma nnt mampu untuk terima cyma seadanya..
akan sentiasa bersama saat susah dan senang..
saat sihat atau sakit...
bak kata novel "Setia Hujung Nyawa"...

bukan janji kosong yang terucap di bibir...namun tekad untuk melaksanakan janji lebih penting..

sekarang mungkin badai & cabaran tidak byk dalam perhubungan...
hari esok kita tak tahu hidup yang bakal kita lalui...

sumber: fb

Friday, 15 March 2013

JOM CUCI MATA & SHOPING ONLINE

yeng yeng yeng.....

salam semua....
dah berminggu-minggu cyma x update diari buruk...makin bertambah buruk la agaknya...huhuhu

Hari ni di kesempatan waktu yang amat nipis ni...cyma just nak perkenalkan blogshop cyma...

CYMA ALID COLLECTION...

address blog : sila klik sini :  cyma alid collection

blog ni jual apa ?              :

Pelbagai barangan seperti baju, cadar, beg tangan dan lain-lain melalui katalog CAVELL, SATINNI, LATINA, NATARIA dll...

address fb : klik sini : jom like facebook : http://www.facebook.com/CymaAlidCollection

tagline blog : JOM CUCI MATA & SHOPING ONLINE....

geng-geng blogger jom tinjau-tinjau kat page ni yek...mana tahu ada yang berkenan di kalbu...leh la order...

Friday, 1 March 2013

usaha untuk SIHAT!!!!!

fuuhhh...lama cyma x update blog..sibuk memanjang...
tp sedar x sedar makin cyma sibuk dan stress makin byk sebenarnya yang cyma makan...
bila fikirkan kembali..memang cyma patut menjalani gaya hidup yang lebih sihat...

sebab :  
1) sejarah keluarga yang ada mengidap sakit diabetis dan penyakit serangkai dengannya..
    menjadikan cyma patut berjaga2...tp cyma dah terlalu alpa...
   bila pikirkan kembali...cyma patut berubah sebelum semuanya terlambat..

2) spare tyre kat perut ni makin berlipat2...
    huhuhu ramai yang tegur perut cyma dan badan cyma yang dah menaik.
   cyma pun rasa yang keadaan sekarang ni buatkan cyma x selesa..

3) BMI cyma dah lebih daripada sepatutnya...
  dengan berat cyma yang dah cecah 60kg++ ni memang agak x sesuai la dengan ketinggian cyma                      
           
jadi untuk sihat cyma nekad untuk bersenam dan turunkan sedikit berat badan cyma...
cyma sebenarnya perlu kawal pemakanan dan amalkan senaman untuk lebih sihat dan cergas..

ayuh cyma!!!!!

cheklist untuk sihat

  • KURANGKAN makan & makan secara sihat
  • BERSENAM
  • JANGAN MINUM AIR BERKARBONAT berlebihan
  • JANGAN MALAS
cyma tekad dengan semangat yang berkobar2 untuk mula bersenam dan turunkan berat badan cyma...
berharap semangat dan tekad ni xkan pudar....
set in mind!!!untuk sihat perlukan usaha!!!


p/s: tq adik coz sedarkan kak long yang kita patut bersenam untuk elak penyakit keturunan....
      



Tuesday, 26 February 2013

Percaya Pada JODOH

kebelakangan ni orang2 di keliling aku dok sibuk bertanya bila agaknya aku nak kahwin..

sampai 1 tahap aku terpaksa cakap yang aku tak nak berkahwin sebab desakan @ kata2 orang..

aku akan berkahwin atas kesediaan aku sendiri..
atas kehendak aku sendiri..& atas JODOH aku...

aku PERCAYA bila kita benar2 ditakdirkan untuk berkahwin segalanya pasti akan di permudahkan segala urusan oleh ALLAH SWT..

buat masa sekarang aku bahagia dengan hidup yang aku lalui..aku bahagia tengok kebahagian kawan-kawan rapat aku yang telah bahagia.

& aku harap apabila tiba waktunya nnt..aku juga akan kecapi kebahagiaan itu..INSYAALLAH...






PERIHAL BR1M

sana sini semua orang sibuk citer pasal BR1M...
cyma pun pe lagi dok menyibuk la gak kan...
pada sesape yang belum mohon lagi tu...cpt2 peluang masih terbuka..
kat sini cyma link kan page untuk mohon : MOHON ONLINE BR1M
senang je..isi borang tersebut dan hantar..
kena la pastikan anda layak dan memenuhi syarat  k..
bagi yang x layak...xpe la kan mungkin bukan rezeki.

Tarikh akhir permohonan : 15 MAC 2013..masih ada masa lagi ni..

sumber: google
bagi yang da terima dan dah pun cashkan anggap lah bantuan ni sebagai bonus daripada kerajaan..
gunakanlah dengan cermat dan untuk tujuan yang berfaedah..

p/s : TERIMA KASIH PM..

Tuesday, 19 February 2013

BERHATI-HATI dengan PANGGILAN & SMS PALSU

salam semua...

pernah tak  geng blogger mendapat sms @ panggilan tentang kemenangan kita dalam satu cabutan bertuah yang kita sendiri pun tak pernah masuk @ hantar borang..

PELIK KAN??tak antar borang tetiba je MENANG...bertuah la sgt kan nama dia..

TAPI HATI-HATI yek..ramai sgt yang mudah termakan dengan kata-kata indah apalagi jika ditawarkan dengan hadiah bernilai ribuan ringgit..

INI PENIPUAN YANG TERBARU..

BonusLink Alert! Please take note that BonusLink is not affiliated with any individuals or groups who claims that our Members have won Cash from a SIM Card promotion. We value your safety therefore please be aware that any SMSes received with a message mentioning that you have won Cash from BonusLink should be ignored.
sumber : BONUSLINK

sebenarnya ada banyak lagi cara mereka untuk menipu. Jadi KITA kena lah berhati-hati yek..
Jika kita mendapat SMS @ PANGGILAN sebegini cubalah hubungi pihak-pihak yang berkenaan untuk mendapatkan kepastian sebelum memberi lebih banyak maklumat peribadi..

JOM SEMAK PENYATA KWSP

Salam semua...

BERITA:

KWSP Isytihar Dividen 6.15 Peratus Untuk 2012

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan, hari ini mengisytiharkan kadar dividen 6.15 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Kadar dividen ini adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding dengan kadar 6.00 peratus yang dibayar pada 2011.

-petikan: KWSP

mulai hari ini semua pencarum boleh menyemak akaun KWSP masing2 di cawangan KWSP yang berhampiran, kios-kios yang menyediakan mesin KWSP dan secara online iaitu di I-Akaun..

cyma pun tak sabar nak semak sebab excited nak tengok berapa yang ada dalam akaun KWSP tu...simpanan untuk hari tua la katakan...

JOM SEMAK PENYATA ANDA..


List LEPAK diari buruk