KLIK-KLIK

member diari ku...

Friday, 11 October 2013

duhai hati tabahlah

hati ini teruji lagi
bolehkah ada lagi kepercayaan dihati
bolehkah dibentuk kembali hati yang telah hancur
bolehkah kelukaan disembuh
bolehkah????
aku mahu terbang
mahu pergi mencari cebisan kekuatan untuk bangkit
bisakah aku melakukan semua itu?
aku tak mahu menangis lagi
kan ku pujuk hati ini menjadi tabah
kan ku pujuk hati ini...
tangisan takkan merubah keadaan
tangisan sudah tidak memberi apa-apa makna
aku kene kuat
aku kene tabah
aku perlu..terus berdiri
tiba masanya aku memikirkan diri sendiri
tiba masanya aku mula berdikari
tiba masanya aku pergi.....


nukilan rasa :
cyma 11.10.2013
12.43pm

Tuesday, 8 October 2013

Indahnya alam persekolahan

Pagi ini aku awal ke tempat kerja... bersaing bersama2 budak2 sekolah..
Alangkah indahnya alam persekolahan kan??
Rindu menyapa...
Pelbagai kenangan manis terpahat dlm ingatan
Kenangan yg pastinya sukar utk diceritakan
Sukar utk digambarkan
Alangkah indahnya saat itu
Tp mungkin pada ketika itu menjadi dewasa adalah misi utama
X perlu bgn pagi
X perlu buat homework
X perlu dimarahi cikgu
X perlu mengikut peraturan
Dan pelbagai lg yg digambarkan indah menjadi dewasa
Tanpa sedar alam persekolahan berlalu
melewati hari2 dengan pelbagai masalah dan cabaran hidup yg terpaksa difikirkan dan ditempuh
Dimana manisnya menjadi dewasa?
Masih perlu bangun pagi
Masih boleh dimarahi bos
Masih perlu mengikut peraturan
Dan pelbagai tanggungjawab yang bertambah...
Namun masa xkan dapat diulang...
Oleh itu pesan ku pada mereka yang masih bergelar pelajar
"Belajar dan belajarlah bersungguh2..kerana pasti apabila kite dewasa kite akan merindui zaman sekolah..
Kita akan lebih menyesali masa lampau jika hidup yg perlu diteruskan semakin sukar kerana sikap kita di bangku sekolah.."

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 1 October 2013

Hidup

Hidup ini bukan seperti yang kita  harapkan
Kita mengharapkan kehidupan yang sempurna
Tanpa kita sedar kesempurnaan itu takkan pernah ada
Kita harapkan mentari sentiasa menyinari di sepanjang hari
Tanpa kita sedar hujan dtg membasahi bumi
Kita harapkan pelangi indah menghiasi alam
Namun dimana dtgnya pelangi jika tiada hujan
Hidup ini umpama mentari,hujan dan pelangi indah
Melewati kehidupan takkan pernah lari dr menghadapi dugaan dan cabaran
Namun yakinlah disetiap kesukaran pasti terselit kemanisan dan hikmah
Disetiap derita pasti dipenghujungnya kebahagiaan yang menanti
Tetaplah kuat wahai hati
Walau apa jua halangannya
Walau sesukar mane
Bangun lah kembali
Jgn pernah mengalah
Jatuh bukan bermakna kalah
Kalah bukan bermakna gagal
Org yang kalah adalah mereka yang tidak belajar dr kesilapan lama
Org yg berjaya menjadikan cabaran dan dugaan yang ditempuh landasan hidup utk menuju masa dpn yg lebih cerah
Wahai hati bangkitlah
Wahai hati tabahlah
Wahai hati kuatlah
Yakinlah esk pasti ada mentari lagi...

Published with Blogger-droid v2.0.10

List LEPAK diari buruk