KLIK-KLIK

member diari ku...

Monday 28 January 2013

ROAD TO FINAL LARKIN RANGERS

ALHAMDULILLAH...Syukur padaMU YA ALLAH..kemenagan untuk LARKIN RANGERS

Fuuuh...malam td kira leh sakit jantung la kan tengok game Larkin Rangers VS Ranhill... Sakit jantung tengok alid selamatkan gawang Larkin Rangers..Sakit Jantung tengok budak2 ni main..Sakit jantung tengok Budak2 Ranhill dengan keganasannya.. Game yang sungguh mendebarkan..Ye la kan dua2 pasukan ada kelebihan dan kelemahan masing2. Dan yang pastinya dua2 pasukan ingin ke Final...

And THE LAST RESULT

LARKIN RANGERS WIN 2-1 vs Ranhill

Tahniah untuk semua player Larkin Rangers..tanpa semangat sepasukan mesti kalian tidak boleh berada di tahap ini..

Diharapkan semua player akan menunjukkan prestasi yang lebih baik untuk menentang SAUJANA FC di Final nnt..

Tunggu kan Game Final

LARKIN RANGERS VS SAUJANA FC
Tarikh : 02/02/2013
Jam     : 08.45 malam
Tempat  : Stadium Mini Taman Ungku Tun Aminah

jom untuk semua geng2 blogger yang dok area jb dtg ramai2 sokong team larkin..masuk free je...




Sunday 27 January 2013

GOOD LUCK LARKIN RANGERS

Malam ni game separuh akhir untuk Liga LAS EVENT untuk team Larkin Rangers..


LARKIN RANGERS vs RANHILL
Stadium Mini Tmn Ungku Tun Aminah, JB
Jam : 845 malam
Masuk adalah percuma

                                                      


untuk geng-geng blogger yang x kemana-mana n dok area jb jom la ramai2 turun n support Team LARKIN RANGERS.

Semoga malam ni kemenangan berada di pihak Larkin Rangers..aminn
Hope alid jd KEEPER CEKAP untuk mlm ni dan untuk game2 yang akan dtg..


LARKIN RANGERS boleh!!!


Tangan Gatal

Punya la gatal tangan cyma sbb nak memandai-mandai tukar blog address...klik sana klik sini last2 berjaya gak jadi macam asal cuma nama dah berubah...

PERKENAL ADDRESS BLOG CYMA...


yang lepas..selamat tingal untuk

secawan-teh-hijau.blogspot.com..

sorry lah k kalu geng2 blogger confius...

tq coz support n jd geng DIARI BURUK...

Thursday 24 January 2013

Cinta BURuk: Tanda Dia adalah Soulmate mu..

Adakah kamu pernah terpikir??
Adakah Si Dia Adalah Soulmate kamu..
Jom semak..

  1. Bersikap Bersahaja
Cuba tengok gerak geri si dia.. samaada si dia tengah control macho @ ayu atau lebih bersikap bersahaja..
Jika si dia tidak cuba menjadi diri orang lain semasa berada disamping kamu sebenarnya dia adalah pilihan yang tepat untuk dirimu.. Sikapnya yang bersahaja tanpa kepura-puraan akan menjadikan hubungan kamu lebih harmoni kerana kamu berdua memahami 1 dengan lain.

    2.  Berkerjasama
kamu dan si dia saling bekerjasama dalam pelbagai hal terutamanya yang melibatkan hubungan kamu berdua..Jika si dia sentiasa membantu kamu walau dalam apa hal sekalipun besar kemungkinan dia adalah soulmate kamu..

3.  Hati Tenang Bila Bersama
cuba selami hati dan perasaan kamu bila bersama dengan si Dia. Apakah perasaan kamu ketika bersamanya? Jika kamu merasai detik2 yang dilalui bersamanya tidak pernah membosankan dan segalanya tenang dan aman bila bersama itulah tanda kamu telah terikat dengan cinta si Dia.

4. Si Dia Penyelamat Kamu.
Siapakah Hero kamu saat ini? Adakah dia sentiasa bersama2 kamu saat kamu melalui hari2 yang sukar & sentiasa disisi kamu menemani hari2 yang indah. Jika Ya..ternyata dia serius dalam perhubungan cinta ini.. Sikapnya yang memahami dan mengambil berat dalam pelbagai perkara dalam hidupmu menjadikan dia pilihanmu yang tepat.

5.Terima Seadanya
Si dia menerima kamu seadanya kamu. Setiap orang punyai kelemahan dan kelebihan. Jika si Dia menerima setiap perbezaan dengan terbuka dan menganggap kehadiran dirimu melengkapi hidupnya..Kerana baginya tiada orang yang sempurna di dunia ini.. maka jangan tunggu lagi terimalah cintanya sebelum terlewat


6. Restu Keluarga
Jika hubungan kalian mendapat restu kedua-dua keluarga ternyata sememangnya kamu dan si dia boleh memikirkan langkah seterusnya dalam hubungan kalian. Restu keluarga amat penting. Jadi cubalah untuk mengambil hati dan berbaik2 dengan semua orang. Perkahwinan intu buka hanya melibatkan kamu dan si Dia tetapi keseluruhan keluarga kamu dan dia.


Bicara Aur Dengan Tebing

 Adik Beradik
=
Umpama Aur Dan Tebing
Saling memerlukan antara satu sama lain..
Tiada aur maka robohlah tebing dilanda badai.
Tiada tebing maka tiada tempat aur bertapak..

Ini Kisah kami 3 Beradik
Semoga terus erat & teguh seperti aur dengan tebing
Aminn..

along (cyma) & abe

adik





Darjah 1









Kak Long sayang Abe & Adik..


Tuesday 22 January 2013

Buang Yang Lama Ambil Yang Baru..

orang kata kalau kita gaduh2..
Buang yang keruh ambil yang jernih.
Baru la hubungan tu kekal serasi dan bahagia...

tp apa maksud buang yang lama ambil yang baru???
nak tukar boyfriend ke?? hahaha
mana mungkin begitu...
SETIA!!!!
ni hah cyma nk suruh alid tukar sliper fipper dia yang da uzur dan da tua sgt tu..hehehehe
cari punya cari kaler yang gempak n at last jumpa gak la yang memenuhi selera..

mempersembahkan!!!!

fipper terbaru untuk kaki kami.


yang slim sure la cyma punya dan yang besar tu kaki alid la kan..

ni fipper kami tahun lepas..kalu tengok date kt gambar tu lebih kurang setahun la gak kan baru kami beli baru..tahan gak sliper ni..
cyma punya da pun cyma sedekahkan kt shell untuk g toilet coz da uzur benar..yang alid punya still dia pakai walau da berlubang...nasib ko la sliper..
Setia Hujung Nyawa la katakan..hehehe

Cinta Buruk- Tips Elakkan Pergaduhan

wah tajuk gempak gile sey...pagi2 ni tetiba cyma dapat idea untuk bagi sikit tip macam mana nk kekalkan keserasian dan kebahagian dengan cinta hati...ini bukan sekadar tips tapi peringatan untuk cyma jugak.
sumber google image..

sebenarnya serasi @ tidak 1 pasangan tu hanya dapat dirasai oleh pasangan tersebut je..
mungkin pada pandangan org lain pasangan ni x serasi @ x padan..tp pasangan tu happy je walau gaduh2 manja..
sbb pucuk pangkalnya serasi tu terletak pada hati masing2 untuk mencorakkan hubungan.

Bagaimana nak buat kita serasi dan elakkan pergaduhan dengan pasangan kita?

1) Terima dirinya seadanya
Bila kita dah declare dia sebagai pasangan kita so kita kenalah terima dia seadanya, Terima buruk dan baiknya dia. Terima segala kelebihan dirinya dan kekurangannya. Walau ada  kekurangan yang perlu di perbaiki cuba untuk berubah slow2 sbb bila kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi supaya pasangan kita berubah dan menjadi seperti yang kita bayangkan dan inginkan ditakuti kita akan kecewa. tidak semua orang boleh didesak untuk berubah. Jadi terimalah dia seadanya sebagai mana dirinya..
2) Bertolak ansur & Memahami
Bagi mencapai tahap keserasian dalam hubungan pasangan haruslah menanamkan sifat bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Jika kita saling memahami pergaduhan yang melibatkan perkara remeh tidak akan terjadi. 
3) Saling percaya 
Kepercayaan amat penting dalam sesebuah hubungan. Pasangan mestilah saling percaya 1 dengan lain. lebih2 lagi melibatkan hubungan jarak jauh. Kesetiaan amat penting. Dan sebagai pasangan jangan kianati kepercayaan yang telah diberikan. Janji & kepercayaan jika dikhianati amat perit untuk ditelan. ia umpama sekeping kertas yang telah dironyokkan..walau di seterika sekalipun..garisnya jelas kelihatan..


4) Jangan Mengongkong 
Siapa yang suka jika hidupnya dikawal dan dikongkong. Jadi sebagai pasangan ada masa kita patut beri pasangan kita ruang dan peluang untuk buat apa yang mereka kehendaki tanpa kita. Perasaan rimas akan mendorong pasangan menipu atau mencetuskan pergaduhan. Jadi untuk kekal serasi dan bahagia elakkan mengongkong pasangan. Cukuplah jika kita tahu dia di mana & bersama siapa. Tidak perlu untuk menelefon setiap minit. Mengongkong juga termasuklah selalu memeriksa secara sembunyi handphone pasangan. Selalulah berfikiran positif dan bersangka baik ia dapat mengelakkan pergaduhan berlaku.
5) Jangan Cemburu Buta
Cemburu tanda sayang. memang betul ungkapan tu, tp jika berlebihan ia mengundang pergaduhan dalam hubungan. Elakkan terlalu cepat cemburu dan menuduh pasangan menduakan anda. Seeloknya periksa dan selidik dulu kebenarannya baru bertindak. 

cinta perlukan usaha dan pengorbanan. Ujian dan dugaan pasti akan dtg namun tetaplah teguh bersama menempuhnya kerana pasti akan ada sinar kebahagian dipenghujungnya..

tetap lah teguh disisi saat senang & sukar..


Monday 21 January 2013

Percaya Padaku...


Percaya Padaku
-ungu-

Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

[*]
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

[**]
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku 'tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Back to [*][**]

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

-lagu yang penah alid suruh aku dengar..bile lagu ni keluar kt radio je..dia akan call aku dan letak speaker nset suruh aku dengar lagu ni..
-u are so sweet cayang...

BOLA BOLA BOLA...

ai ujan2 camni memang perut lapar..call alid konon leh ar ajak kuar ngeteh ke per...last2 dia cpt2 sound jgn kacau coz ngah tengok bola..Chelsea lawan Arsenal...aduh putus selera....tu la die..BOLA BOLA BOLA... sejak awal kenal lg alid kalu pasal bab bola mmg tu la keutamaannya..Jauh dekat semua akan g..x kira pagi petang @ mlm..konfirm dtg punya..

alid as a goal Keeper dapat save  penalty 2 bijik..

ni team Larkin Rangers menang tempat 1..




hope dengan usaha dan semangat mereka semua..team Larkin Rangers dapat menjulang kejuaraan dalam Liga Las Event 2012/2013 yang akan berakhir February 2013 ini..

with Team PERMAS 7 FC

TODAK FC


TODAK FC


bagi aku..semangat alid tu kuat dalam mengharungi kemenangan dan kekalahan..dan aku tetap akan jadi penonton setia di setiap perlawanan..

Thursday 3 January 2013

CARA NAK BUAT DUIT SAMPINGAN ONLINE

Assalamualaikum...hai semua...bz btul cyma sampai x sempat nak update untuk tahun baru...byk kawan2 blogger yang da ucap selamat tahun baru...its now my turn...walaupun lambat....SELAMAT TAHUN BARU 2013...semoga hari-hari yang mendatang akan menjadikan kita semua lebih baik daripada sebelumnya..semoga kehadiran tahun baru ini akan memberikan lebih sinar & harapan untuk kita mengharungi hidup yang penuh dengan cabaran..

okey sekarang kita cite pasal tajuk yang cyma nk post...
CARA NAK BUAT DUIT SAMPINGAN ONLINE...
cyma pun pada mulanya memang susah la kan nak percaya..takut ditipu & tertipu..karang jadi "tipah tertipu bang" hehehehe
ok..ni cyma bagi 2 cara yang cyma rasa memang ok & boleh dipercayai..dan yang bestnya cyma pun dah menuai hasil daripadanya..walaupun x byk namun da cukup wat cyma rasa best..
  1. SERTAI ONLINE SURVEY
  • Ada pelbagai company yang menawarkan survey online. Dan setiap survey yang dilengkapkan anda akan mendapat ganjaran dalam bentuk duit @ point yang mana boleh ditebus sebagai baucer membeli-belah @ baucer makanan.
  • semua survey akan dihantar melalui email..so pagi2 check email pastu kalu ade survey yang diberikan isi dan lengkapkan..sure dapat point yang boleh ditebus..
  • kat sini cyma sertakan link survey online yang telah cyma sertai sejak setahun yang lalu..
  1. https://www.globaltestmarket.com/
  • bestnya global test market company ni bagi ganjaran berupa tunai. so die akan bagi cheque atas nama korang lepas point yang korang kumpul da cecah 1000 dan korang tebus.lepas tebus tunggu duit dtg je...hehehe..ni memang cyma suggest kalu ada kawan2 yang nak join..
     2.  http://www.valuedopinions.com.my/
  • untuk page ni cyma belum pernah redem apa2 lagi.sebab point masih x mencukupi..ganjaran dia kalu point dah lebih RM30 kita boleh tebus dengan VOUCHER JUSCO @ KFC..bestkan..?point cyma pun sebenarnya lagi sikit je dalam RM3 nak cecah RM30 tu..tp x pulak dia antar survey baru..
      3. http://my.aipsurveys.com/bm/
  • untuk online survey ni cyma dah 2 kali tebus voucher mcDonalds. so boleh la kan daripada xde..
     4. http://www.mysurvey.com.my
  • survey online company ni pun cyma dah tebus banyak kali. selalunya cyma tebus voucher Jusco..
  • yang terbaru pun bulan lepas cyma dah tebus point untuk voucher jusco RM20.

2. BERBLOG
ni tentulah cara yang korang semua tahu kan. Berblog. cyma pun masih baru lagi dalam dunia blog ni. Tp hasilnya macam da nampak. walaupun sikit tp cam mendorong semangat untuk lebih aktif selain dapat kawan-kawan yang sporting.
caranya disetiap blog korang mesti sediakan ruangan untuk iklan. dan paling penting korang mestilah berdaftar terutama di nuffnang..heheh.. sbb cyma hanya tahu nuffnang je.. yang lain belum mendalami ilmu lg.

  • so kesimpulannya selain daripada kita dok mengadap komputer & internet untuk hiburan semata-mata cuba-cubalah cari duit kocek.
  • kawan-kawan ada tak tip untuk cari duit kocek online yang lain? Boleh la share..


List LEPAK diari buruk