wah tajuk gempak gile sey...pagi2 ni tetiba cyma dapat idea untuk bagi sikit tip macam mana nk kekalkan keserasian dan kebahagian dengan cinta hati...ini bukan sekadar tips tapi peringatan untuk cyma jugak.
1) Terima dirinya seadanya
Bila kita dah declare dia sebagai pasangan kita so kita kenalah terima dia seadanya, Terima buruk dan baiknya dia. Terima segala kelebihan dirinya dan kekurangannya. Walau ada kekurangan yang perlu di perbaiki cuba untuk berubah slow2 sbb bila kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi supaya pasangan kita berubah dan menjadi seperti yang kita bayangkan dan inginkan ditakuti kita akan kecewa. tidak semua orang boleh didesak untuk berubah. Jadi terimalah dia seadanya sebagai mana dirinya..
2) Bertolak ansur & Memahami
Bagi mencapai tahap keserasian dalam hubungan pasangan haruslah menanamkan sifat bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. Jika kita saling memahami pergaduhan yang melibatkan perkara remeh tidak akan terjadi.
3) Saling percaya
Kepercayaan amat penting dalam sesebuah hubungan. Pasangan mestilah saling percaya 1 dengan lain. lebih2 lagi melibatkan hubungan jarak jauh. Kesetiaan amat penting. Dan sebagai pasangan jangan kianati kepercayaan yang telah diberikan. Janji & kepercayaan jika dikhianati amat perit untuk ditelan. ia umpama sekeping kertas yang telah dironyokkan..walau di seterika sekalipun..garisnya jelas kelihatan..
4) Jangan Mengongkong
Siapa yang suka jika hidupnya dikawal dan dikongkong. Jadi sebagai pasangan ada masa kita patut beri pasangan kita ruang dan peluang untuk buat apa yang mereka kehendaki tanpa kita. Perasaan rimas akan mendorong pasangan menipu atau mencetuskan pergaduhan. Jadi untuk kekal serasi dan bahagia elakkan mengongkong pasangan. Cukuplah jika kita tahu dia di mana & bersama siapa. Tidak perlu untuk menelefon setiap minit. Mengongkong juga termasuklah selalu memeriksa secara sembunyi handphone pasangan. Selalulah berfikiran positif dan bersangka baik ia dapat mengelakkan pergaduhan berlaku.
5) Jangan Cemburu Buta
Cemburu tanda sayang. memang betul ungkapan tu, tp jika berlebihan ia mengundang pergaduhan dalam hubungan. Elakkan terlalu cepat cemburu dan menuduh pasangan menduakan anda. Seeloknya periksa dan selidik dulu kebenarannya baru bertindak.
cinta perlukan usaha dan pengorbanan. Ujian dan dugaan pasti akan dtg namun tetaplah teguh bersama menempuhnya kerana pasti akan ada sinar kebahagian dipenghujungnya..
tetap lah teguh disisi saat senang & sukar.. |
nice sharing sys..:) suka3.. btl tu sys,serasi ke,tak ke kita dan psgn jer yg tahu.biar org lht tak bhgia,hakikatnya,kita terlalu bhgia..:)kan?:)
ReplyDeleteCinta perlu give and take :) gambar tidur tu comellll! ;p
ReplyDelete