KLIK-KLIK

member diari ku...

Thursday, 14 February 2013

BAHANA MESIN JUDI

salam semua...

pagi2 ni tetiba je cyma teringat kat seseorang yang memang rapat ngan cyma..

Rumah tangga dia hampir musnah angkara judi mesin ni..
Dalam kes dia ni..dia & suami bersama2 terlibat dalam aktiviti tidak sihat ni..
Mungkin ramai orang yang memandang serong terhadap dia dan suami tp adat dunia..

SIAPA YANG TAK NAK KAYA CEPAT..

mengikut pengalaman yang di ceritakan...

Pada permulaannya memang segalanya indah..nasib menyebelahi mereka..
Tp bila sikap tamak menguasai diri..mereka kehilangan segalanya..
Sebabnya cuma 1 bila KALAH NAK MENANG..BILA MENANG NAK LEBIH BANYAK
AKHIRNYA...Wang simpanan abis entah ke mana dan terpaksa menanggung hutang yang banyak..
Tp kedua-duanya telah sedar dan berJANJI tidak akan mengulanginya @ menjejakkan kaki ke tempat sebegitu lagi..

SEMOGA JANJI YANG DILAFAZKAN mendorong mereka untuk berubah..

Sebab tu lah ALLAH SWT melarang judi itu dalam islam..
kerana semakin senang kita mendapat duit semakin kita lalai, tamak dan malas.
JUDI merubah perwatakkan semua orang yang terlibat dengannya..
JUDI tak PERNAH membawa KEKAYAAN pada seseorang..PERCAYALAH

Balik kepada kisah mereka...

HUTANG yang BANYAK angkara JUDI itu telah merubah fikiran si ISTERI..
SI ISTERI amat paranoid...sekarang dia menjadi begitu menggongkong si SUAMI
sebabnya cuma 1..takut si SUAMI terjebak lagi

Kemana sahaja si ISTERI mesti call dan bertanya. Sehinggakan kurang rasa percaya kepada SI SUAMI

SI SUAMI akan marah2 kerana isteri tidak mempercayainya..
tp tidakkah si suami sedar yang apa yang dilakukan adalah untuk KEBAIKKAN bersama.

KETAKUTAN si ISTERI dalam menempuh kesusahan hidup yang datang dari kesilapan diri sendiri.
KETAKUTAN si ISTERI dalam memegang sebuah janji.

Tidak ada apa yang di harapkan oleh si ISTERI..
hanya mahukan SI SUAMI dan DIRINYA memegang JANJI

KINI..Kedua-dua tabah membayar hutang dan menjaani hidup secara sederhana.

buat si ISTERI tetaplah bersama untuk berubah..tetap lah BERTAHAN selagi termampu..
buat Si SUAMI hargailah sebuah pengorbanan ISTERI anda. BERPEGANGLAH PADA JANJI

semoga kisah ini menjadi pedoman kepada cyma, alid dan semua orang yang membaca enty ini..

KESABARAN ITU PAHIT PADA MULANYA..TAPI HASILNYA MANIS


p/s : ni cyma linkkan berita di harian metro tentang BAHANA JUDI..klik hMETRO

1 comment:

List LEPAK diari buruk