KLIK-KLIK

member diari ku...

Tuesday, 12 February 2013

Tips BURUK : JIMAT TANPA SEDAR

salam semua...

sebenarnya banyak hal yang kita lakukan seharian perlukan duit..
bak kata orang keluar saja dari rumah semua perlukan duit..termasuklah nak masuk tandas...

sebenarnya tanpa kita sedar ada beberapa perkara yang selalu kita buat & kita bayar boleh di jimatkan..

Jom tengok Rahsia Jimat Tanpa Kita Sedari..


  • Bawa sendiri air masak

air amat penting kepada tubuh badan kita dan kita juga digalakkan minum 8 gelas air kosong dalam sehari.. oleh itu bagi mengelakkan kita daripada membeli air mineral apa kata bawa sendiri air isian semula @ air masak dari rumah.

  • Membeli Secara Pukal 

Apa kata dalam list perbelanjaan bulanan kamu cuba untuk dapatkan barang-barang dalam kuantiti pukal. Walaupun nampak mahal tetapi jika kamu bahagikan dengan kuantitinya ia jauh lebih murah. Contoh barang yang boleh di beli pukal adalah seperti ubat gigi, sabun mandi dll

  • Keluarkan Wang Dari Bank Yang Sama


Tanpa kamu sedar semasa mengeluarkan wang dari mesin ATM yang lain charge bayaran perkhidmatan RM1 akan ditolak dari akaun anda.
cuba bayangkan sebulan kamu melakukan 5 transaksi = RM5
setahun =12 x 5 x RM1 =RM60..
itu pun jika dalam sebulan hanya 5 transaksi..oleh itu tips jimat adalah keluarkan wang dari mesin bank yang sama.

  • Meminjam lebih baik dari Membeli 


Jika kamu seorang yang gemar membaca, tips untuk berjimat adalah dengan cara membuat kad keahlian di Perpustakaan dan meminjam buku di perpustakaan. Faedah yang kamu perolehi adalah kamu dapat meminjam lebih banyak bahan bacaan. tp ingat elakkan dari lewat memulangkan buku yang telah di pinjam. Anda mungkin akan didenda atas kelewatan itu.

  • Tonton wayang pada waktu pagi 


Jika kamu amat gemar menonton wayang, apa kata kamu tukar jadual untuk menonton. harga tiket pada hari-hari biasa dan waktu pagi adalah lebih murah dibandingkan dengan pada waktu malam hujung minggu. Selain daripada selesa kamu juga boleh berjimat. Selain itu, kamu juga boleh menonton wayng selepas makan untuk lebih berjimat. Bila perut sudah kenyang pasti kamu tidak membeli snek-snek tambahan.


  • Kurangkan Bergaul dengan Rakan yang "high taste"


memang benar kita perlukan sahabat dan teman dalam hidup kita. tetapi adakalanya mendapat teman yang "high taste" memberi pengaruh buruk kepada cara perbelanjaan kamu. kamu terpaksa mengikut cara hidup mereka dengan makan di restoran yang mahal dan juga membeli barang-barang berjenama. tips untuk berjimat adalah berbelanjalah mengikut kemampuan diri anda bukan orang lain. Bak kata pepatah "ukur baju di badan sendiri"





          

3 comments:

  1. acanekalo keje waktu pagi haa? tgu je cite wyg kua utube lg jimat heheh *larikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tu kat utube lg jimat tp kena pakai line mhl la..kalu x lemah kepala lutut nk tgu loading...hehehe

      Delete
  2. tips yg last tu best... :-)

    ReplyDelete

List LEPAK diari buruk