KLIK-KLIK

member diari ku...

Monday, 2 December 2013

Janji

Memberi janji mungkin mudah dilupakan
Tapi menerima janji
Akan diingat sampai mati..

#berhati2 mengunkap janji
#sepenuh hati menepati janji

Kerana...
Janji adalah harapan kepada si penerima
Janji adalah impian kepada si pemberi
Kata mesti di kota
Usah dipersia kata yang terungkap
Kerana setiap kata adalah doa..

Hanya aku cinta kau seorang..

Nukilan
Cyma
01.12.2013

Saturday, 30 November 2013

Jom kenal...

Orang kata...
Kita takkan kenal pasangan kita selagi kita x berkahwin
Orang kata...
Bila bercinta lautan api sanggup direnangi..
Orang kata
Tunggu lah bila dah kawin..
Mampu ke nak renang selebar kolam renang sekalipun...
Itu semua orang kata..
Pucuk pangkalnya
Kita..hati kita
Hati pasangan kita
Kelebihan akan menutupi kelemahan
Kelemahan mampu ditutupi dengan belajar..
Bukan suruh baca buku bertingkat2
Tp ilmu hidup mmg kne belajar
Sekolah terbaik utk belajar
Adalah kehidupan..


Nukilan...
Cyma
30.11.2013
1133pm

Tangisan di hati

Dalam hati ini
Ada sendu yg tersimpan
Ada tangis yg tak terluah
Ada duka sebalik senyuman
Namun...
Hari esok akan tetap datang
Hari esok akan tetap perlu ditempuh
Bagaimana???
Hati ini merintih
Hati ini merayu tiada hari esok
Hati ini berharap esok takkan tiba..
Kenyataannya...
Hidup perlu diteruskan
Hidup perlu dilalui
Semalam telah jadi sejarah
Hari ini telah dilalui
Esok terus menanti utk ditempuhi
Duhai hati...
Tetaplah tabah
Tetaplah kuat
Usap air matamu dengan senyuman
Pasti hati akan lega
Jalani hari esok dengan semangat
Kerana dunia ini indah untuk dinikmati bersama senyuman..


Nukilan...
Cyma
30.11.2013
123am

Friday, 11 October 2013

duhai hati tabahlah

hati ini teruji lagi
bolehkah ada lagi kepercayaan dihati
bolehkah dibentuk kembali hati yang telah hancur
bolehkah kelukaan disembuh
bolehkah????
aku mahu terbang
mahu pergi mencari cebisan kekuatan untuk bangkit
bisakah aku melakukan semua itu?
aku tak mahu menangis lagi
kan ku pujuk hati ini menjadi tabah
kan ku pujuk hati ini...
tangisan takkan merubah keadaan
tangisan sudah tidak memberi apa-apa makna
aku kene kuat
aku kene tabah
aku perlu..terus berdiri
tiba masanya aku memikirkan diri sendiri
tiba masanya aku mula berdikari
tiba masanya aku pergi.....


nukilan rasa :
cyma 11.10.2013
12.43pm

Tuesday, 8 October 2013

Indahnya alam persekolahan

Pagi ini aku awal ke tempat kerja... bersaing bersama2 budak2 sekolah..
Alangkah indahnya alam persekolahan kan??
Rindu menyapa...
Pelbagai kenangan manis terpahat dlm ingatan
Kenangan yg pastinya sukar utk diceritakan
Sukar utk digambarkan
Alangkah indahnya saat itu
Tp mungkin pada ketika itu menjadi dewasa adalah misi utama
X perlu bgn pagi
X perlu buat homework
X perlu dimarahi cikgu
X perlu mengikut peraturan
Dan pelbagai lg yg digambarkan indah menjadi dewasa
Tanpa sedar alam persekolahan berlalu
melewati hari2 dengan pelbagai masalah dan cabaran hidup yg terpaksa difikirkan dan ditempuh
Dimana manisnya menjadi dewasa?
Masih perlu bangun pagi
Masih boleh dimarahi bos
Masih perlu mengikut peraturan
Dan pelbagai tanggungjawab yang bertambah...
Namun masa xkan dapat diulang...
Oleh itu pesan ku pada mereka yang masih bergelar pelajar
"Belajar dan belajarlah bersungguh2..kerana pasti apabila kite dewasa kite akan merindui zaman sekolah..
Kita akan lebih menyesali masa lampau jika hidup yg perlu diteruskan semakin sukar kerana sikap kita di bangku sekolah.."

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, 1 October 2013

Hidup

Hidup ini bukan seperti yang kita  harapkan
Kita mengharapkan kehidupan yang sempurna
Tanpa kita sedar kesempurnaan itu takkan pernah ada
Kita harapkan mentari sentiasa menyinari di sepanjang hari
Tanpa kita sedar hujan dtg membasahi bumi
Kita harapkan pelangi indah menghiasi alam
Namun dimana dtgnya pelangi jika tiada hujan
Hidup ini umpama mentari,hujan dan pelangi indah
Melewati kehidupan takkan pernah lari dr menghadapi dugaan dan cabaran
Namun yakinlah disetiap kesukaran pasti terselit kemanisan dan hikmah
Disetiap derita pasti dipenghujungnya kebahagiaan yang menanti
Tetaplah kuat wahai hati
Walau apa jua halangannya
Walau sesukar mane
Bangun lah kembali
Jgn pernah mengalah
Jatuh bukan bermakna kalah
Kalah bukan bermakna gagal
Org yang kalah adalah mereka yang tidak belajar dr kesilapan lama
Org yg berjaya menjadikan cabaran dan dugaan yang ditempuh landasan hidup utk menuju masa dpn yg lebih cerah
Wahai hati bangkitlah
Wahai hati tabahlah
Wahai hati kuatlah
Yakinlah esk pasti ada mentari lagi...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 30 September 2013

Hati ini teruji lagi

Selagi aku diberi olehNya untuk bernafas di muka bumi ini
Selagi itu aku akan kuat menempuh ujian yg dtg
Selagi aku masih dikelilingi oleh insan2 yang menyayangi aku
Selagi itu aku akan tetap tabah dan kuat
Selagi aku mampu utk memberikan kebahagian kepada insan yg aku sayangi
Selagj itu aku rela berkorban dan mengalah
Selagi esk masih ada harapan
Selagi itu aku akan tetap terus tersenyum
Walau seribu duka dihati
Duhai hati....tetap lah tabah dan kuat
Pasti ada hikmah yg tersembunyi...
#mengubati lara di hati

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, 26 September 2013

MEMBACA TERAPI MINDA

Hai semua...
Jom baca majalah...
Kalau nk tahu dlm byk2 majalah cyma lebih berminat nk baca majalah midi..


Mungkin pada korang majalah ni utk golongan wanita 40 tahun ke atas..
Mungkin ada jugak bertanye kenapa midi??x sesuai dengan umur cyma la!!
Why n why n why
Jawapan die simple..
Sebb banyak info utk kite
Info kesihatan yang mungkin boleh dijadikan panduan utk lebih memahami ibu n bapa kite.
Semua ruangan cyma suke..
Tp 1 ruangan yg cyma x pernah lepas adalah tulisan ABD JALIL ALI..diari suami

Kadang2 boleh tergelak dibuatnya membaca penulisan beliau yang amat bersahaja..
Kadang apa yg diceritakan adalah berdasarkan pengalaman dan pengamatan beliau.
Amat terkesan dihati..
#membaca terapi minda
Published with Blogger-droid v2.0.10

ANGAN SI TUKANG SAPU

kredit : google image
# tanpa si tukang sapu mcm mane keadaan persekitaran kita ?


Setiap org ada cita2 dan impian kan??
Mungkin sesuai la kot cite yang cyma tengok ni dengan kontrovesi minggu ni yang dok hangat kat dlm fb n youtube..
Haha...sori yek..ini secara kebetukan menyamai situasi ini..
Tp ye la kan..setiap yg berlaku dpn mata perlu dipikirkan dan di ambil iktibar..
Mungkin hari ini kite dibawah..
Dihina dan di caci
Tp kite x kan pernah tahu nasib dan rezeki kite pada hari esok.
Yang diatas adakah pasti selamanya kaya dan terhormat?
Jangan terlalu pasti!!!
Cth terbaik..siapa tidak mengenali Tegar.

kredit:google image
.#aku yang dulu bukanlah yang sekarang..
Dulu seorang pengemis tp hari ini siapa dia di mata kita??
Susah dulu bukan makna susah selamanya..begitulah hidup.
Selagi ada usaha pasti boleh berjaya kan.
Tp kene usaha la kan.
Berbalik pada si tukang sapu tu
Dengan berbekalkan kesungguhan dalam mengejar impian dan cita2
Hidup si tukang sapu boleh berubah.
Walau siapa kite walau apapun pangkat kite biarlah selalu beringat
Beringat yang hidup ni macam roda
#si tukang sapu yang ikhlas dan berusaha membaiki diri pasti di respect dan diberi jalan oleh Allah SWT
Tp si kaya yang angkuh dan takbur!!adakah anda pasti anda akan kekal disitu?
Kredit utk drama:angan si tukang sapu lakonan almy nadia
Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 25 September 2013

setelah sekian lama

Rindu utk menulis kembali memuncak...setelah pelbagai perkara berjalan dan perlu dijalani..sekarang buatkan cyma redha untuk menerima apa yg telah tersurat..hidup perlu dijalani..hidup perlu diteruskan..walau susah mcm mane pun..
Lihat dikeliling masih ramai lagi yg tidak bernasib baik dibandingkan dengan diri ini...
Oleh itu perlu bersyukur...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, 3 July 2013

Apa yang Ada Dlm Pikiran mereka...???

salam semua...


  • hari ni semua surat khabar melaporkan ibu dan bapa tiri yang melakukan penderaan terhadap ank mereka telah dihadapkan ke muka pengadilan dan telah dijatuhkan hukuman.

cyma terpikir mengapa ada manusia sekejam ini.. apa yang mereka fikirkan saat mereka mendera dan memukul kanak-kanak terbabit..

  • Tidak terlintas rasa belas dan kasihan ke dalam fikiran mereka..??

entah la kan...semua org mempunyai masalah..tp mengapa anak kecil yang tidak mengerti apa-apa menjadi mangsa.. walau apa pun alasan si ibu dan bapa mendera anak sehingga begitu teruk luka yang dialami amat tidak mampu untuk di maafkan...tidak mampu untuk diterima alasan..

  • sayu melihat gambar kanak-kanak terbabit...sungguh menyayat hati...

mungkin masyarakat kita kini terlalu mementingkan diri dan mengambil sikap tidak peduli..
jika kita "MENJAGA TEPI KAIN ORANG" pada hal yang sepatutnya..mungkin kanak-kanak ini mampu cepat diselamatkan..

  • Hari ini hukuman telah dijatuhkan..berharap ibu dan bapa kanak-kanak ini menyedari kesilapan yang telah dibuat..

Berdoa agar kanak-kanak yang terlibat mampu kuat meneruskan hidup dan menghadapi hari mendatang..

moga mereka insaf!!

Friday, 22 March 2013

LAUTAN API SANGGUPKAH DIRENANGI???

salam Jumaat semua...

belek2 fb pagi ni terjumpa gambar yang cyma rasa agak lucu...tp bile di pikirkan kembali itulah harapan kita terhadap pasangan kita...

cyma selalu berharap pasangan cyma nnt mampu untuk terima cyma seadanya..
akan sentiasa bersama saat susah dan senang..
saat sihat atau sakit...
bak kata novel "Setia Hujung Nyawa"...

bukan janji kosong yang terucap di bibir...namun tekad untuk melaksanakan janji lebih penting..

sekarang mungkin badai & cabaran tidak byk dalam perhubungan...
hari esok kita tak tahu hidup yang bakal kita lalui...

sumber: fb

Friday, 15 March 2013

JOM CUCI MATA & SHOPING ONLINE

yeng yeng yeng.....

salam semua....
dah berminggu-minggu cyma x update diari buruk...makin bertambah buruk la agaknya...huhuhu

Hari ni di kesempatan waktu yang amat nipis ni...cyma just nak perkenalkan blogshop cyma...

CYMA ALID COLLECTION...

address blog : sila klik sini :  cyma alid collection

blog ni jual apa ?              :

Pelbagai barangan seperti baju, cadar, beg tangan dan lain-lain melalui katalog CAVELL, SATINNI, LATINA, NATARIA dll...

address fb : klik sini : jom like facebook : http://www.facebook.com/CymaAlidCollection

tagline blog : JOM CUCI MATA & SHOPING ONLINE....

geng-geng blogger jom tinjau-tinjau kat page ni yek...mana tahu ada yang berkenan di kalbu...leh la order...

Friday, 1 March 2013

usaha untuk SIHAT!!!!!

fuuhhh...lama cyma x update blog..sibuk memanjang...
tp sedar x sedar makin cyma sibuk dan stress makin byk sebenarnya yang cyma makan...
bila fikirkan kembali..memang cyma patut menjalani gaya hidup yang lebih sihat...

sebab :  
1) sejarah keluarga yang ada mengidap sakit diabetis dan penyakit serangkai dengannya..
    menjadikan cyma patut berjaga2...tp cyma dah terlalu alpa...
   bila pikirkan kembali...cyma patut berubah sebelum semuanya terlambat..

2) spare tyre kat perut ni makin berlipat2...
    huhuhu ramai yang tegur perut cyma dan badan cyma yang dah menaik.
   cyma pun rasa yang keadaan sekarang ni buatkan cyma x selesa..

3) BMI cyma dah lebih daripada sepatutnya...
  dengan berat cyma yang dah cecah 60kg++ ni memang agak x sesuai la dengan ketinggian cyma                      
           
jadi untuk sihat cyma nekad untuk bersenam dan turunkan sedikit berat badan cyma...
cyma sebenarnya perlu kawal pemakanan dan amalkan senaman untuk lebih sihat dan cergas..

ayuh cyma!!!!!

cheklist untuk sihat

  • KURANGKAN makan & makan secara sihat
  • BERSENAM
  • JANGAN MINUM AIR BERKARBONAT berlebihan
  • JANGAN MALAS
cyma tekad dengan semangat yang berkobar2 untuk mula bersenam dan turunkan berat badan cyma...
berharap semangat dan tekad ni xkan pudar....
set in mind!!!untuk sihat perlukan usaha!!!


p/s: tq adik coz sedarkan kak long yang kita patut bersenam untuk elak penyakit keturunan....
      



Tuesday, 26 February 2013

Percaya Pada JODOH

kebelakangan ni orang2 di keliling aku dok sibuk bertanya bila agaknya aku nak kahwin..

sampai 1 tahap aku terpaksa cakap yang aku tak nak berkahwin sebab desakan @ kata2 orang..

aku akan berkahwin atas kesediaan aku sendiri..
atas kehendak aku sendiri..& atas JODOH aku...

aku PERCAYA bila kita benar2 ditakdirkan untuk berkahwin segalanya pasti akan di permudahkan segala urusan oleh ALLAH SWT..

buat masa sekarang aku bahagia dengan hidup yang aku lalui..aku bahagia tengok kebahagian kawan-kawan rapat aku yang telah bahagia.

& aku harap apabila tiba waktunya nnt..aku juga akan kecapi kebahagiaan itu..INSYAALLAH...






PERIHAL BR1M

sana sini semua orang sibuk citer pasal BR1M...
cyma pun pe lagi dok menyibuk la gak kan...
pada sesape yang belum mohon lagi tu...cpt2 peluang masih terbuka..
kat sini cyma link kan page untuk mohon : MOHON ONLINE BR1M
senang je..isi borang tersebut dan hantar..
kena la pastikan anda layak dan memenuhi syarat  k..
bagi yang x layak...xpe la kan mungkin bukan rezeki.

Tarikh akhir permohonan : 15 MAC 2013..masih ada masa lagi ni..

sumber: google
bagi yang da terima dan dah pun cashkan anggap lah bantuan ni sebagai bonus daripada kerajaan..
gunakanlah dengan cermat dan untuk tujuan yang berfaedah..

p/s : TERIMA KASIH PM..

Tuesday, 19 February 2013

BERHATI-HATI dengan PANGGILAN & SMS PALSU

salam semua...

pernah tak  geng blogger mendapat sms @ panggilan tentang kemenangan kita dalam satu cabutan bertuah yang kita sendiri pun tak pernah masuk @ hantar borang..

PELIK KAN??tak antar borang tetiba je MENANG...bertuah la sgt kan nama dia..

TAPI HATI-HATI yek..ramai sgt yang mudah termakan dengan kata-kata indah apalagi jika ditawarkan dengan hadiah bernilai ribuan ringgit..

INI PENIPUAN YANG TERBARU..

BonusLink Alert! Please take note that BonusLink is not affiliated with any individuals or groups who claims that our Members have won Cash from a SIM Card promotion. We value your safety therefore please be aware that any SMSes received with a message mentioning that you have won Cash from BonusLink should be ignored.
sumber : BONUSLINK

sebenarnya ada banyak lagi cara mereka untuk menipu. Jadi KITA kena lah berhati-hati yek..
Jika kita mendapat SMS @ PANGGILAN sebegini cubalah hubungi pihak-pihak yang berkenaan untuk mendapatkan kepastian sebelum memberi lebih banyak maklumat peribadi..

JOM SEMAK PENYATA KWSP

Salam semua...

BERITA:

KWSP Isytihar Dividen 6.15 Peratus Untuk 2012

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kelulusan Menteri Kewangan, hari ini mengisytiharkan kadar dividen 6.15 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Kadar dividen ini adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding dengan kadar 6.00 peratus yang dibayar pada 2011.

-petikan: KWSP

mulai hari ini semua pencarum boleh menyemak akaun KWSP masing2 di cawangan KWSP yang berhampiran, kios-kios yang menyediakan mesin KWSP dan secara online iaitu di I-Akaun..

cyma pun tak sabar nak semak sebab excited nak tengok berapa yang ada dalam akaun KWSP tu...simpanan untuk hari tua la katakan...

JOM SEMAK PENYATA ANDA..


Sunday, 17 February 2013

PUISI untuk HATI

PUISI untuk HATI
diilhamkan: cyma alid

Dalam gelap aku temui cahaya
DAlam samar aku temui arah tujuku
DAlam  hidup penuh dugaan dan cabaran
Teruslah berdiri dan berlari
Mengejar kehidupan yang kau impikan
Meskipun...KAu jatuh dan rebah
Bangunlah..
Jangan sesekali mengalah
JAngan sesekali berputus asa
Walau apapun dugaannya
Kau perlu kuat
Kau perlu tabah
Untuk mengejar apa yang kau inginkan
Lalui hidup ini dengan tabah
Perjalanan hidup masih jauh dan panjang
YAKINlah ALLAH SWT ada bersamamu..
Semoga ada hikmah di sebalik segala yang berlaku..


Thursday, 14 February 2013

BAHANA MESIN JUDI

salam semua...

pagi2 ni tetiba je cyma teringat kat seseorang yang memang rapat ngan cyma..

Rumah tangga dia hampir musnah angkara judi mesin ni..
Dalam kes dia ni..dia & suami bersama2 terlibat dalam aktiviti tidak sihat ni..
Mungkin ramai orang yang memandang serong terhadap dia dan suami tp adat dunia..

SIAPA YANG TAK NAK KAYA CEPAT..

mengikut pengalaman yang di ceritakan...

Pada permulaannya memang segalanya indah..nasib menyebelahi mereka..
Tp bila sikap tamak menguasai diri..mereka kehilangan segalanya..
Sebabnya cuma 1 bila KALAH NAK MENANG..BILA MENANG NAK LEBIH BANYAK
AKHIRNYA...Wang simpanan abis entah ke mana dan terpaksa menanggung hutang yang banyak..
Tp kedua-duanya telah sedar dan berJANJI tidak akan mengulanginya @ menjejakkan kaki ke tempat sebegitu lagi..

SEMOGA JANJI YANG DILAFAZKAN mendorong mereka untuk berubah..

Sebab tu lah ALLAH SWT melarang judi itu dalam islam..
kerana semakin senang kita mendapat duit semakin kita lalai, tamak dan malas.
JUDI merubah perwatakkan semua orang yang terlibat dengannya..
JUDI tak PERNAH membawa KEKAYAAN pada seseorang..PERCAYALAH

Balik kepada kisah mereka...

HUTANG yang BANYAK angkara JUDI itu telah merubah fikiran si ISTERI..
SI ISTERI amat paranoid...sekarang dia menjadi begitu menggongkong si SUAMI
sebabnya cuma 1..takut si SUAMI terjebak lagi

Kemana sahaja si ISTERI mesti call dan bertanya. Sehinggakan kurang rasa percaya kepada SI SUAMI

SI SUAMI akan marah2 kerana isteri tidak mempercayainya..
tp tidakkah si suami sedar yang apa yang dilakukan adalah untuk KEBAIKKAN bersama.

KETAKUTAN si ISTERI dalam menempuh kesusahan hidup yang datang dari kesilapan diri sendiri.
KETAKUTAN si ISTERI dalam memegang sebuah janji.

Tidak ada apa yang di harapkan oleh si ISTERI..
hanya mahukan SI SUAMI dan DIRINYA memegang JANJI

KINI..Kedua-dua tabah membayar hutang dan menjaani hidup secara sederhana.

buat si ISTERI tetaplah bersama untuk berubah..tetap lah BERTAHAN selagi termampu..
buat Si SUAMI hargailah sebuah pengorbanan ISTERI anda. BERPEGANGLAH PADA JANJI

semoga kisah ini menjadi pedoman kepada cyma, alid dan semua orang yang membaca enty ini..

KESABARAN ITU PAHIT PADA MULANYA..TAPI HASILNYA MANIS


p/s : ni cyma linkkan berita di harian metro tentang BAHANA JUDI..klik hMETRO

Wednesday, 13 February 2013

CERMIN MATA @ KANTA LEKAP

salam semua...

sorang rakan cadangkan cyma guna kanta lekap...

agaknya dia ni x ingat @ buat2 x ingat yang cyma ni seorang yang :

  • kelam kabut dan ganas
  • jenis ala kadar
  • suka tenyeh biji mata
  • suka tenyeh muka..make up pun xleh nak lekat ni kan pulak KANTA LEKAP
tak pe la kan dari cyma susah baik la guna CERMIN MATA...

banyak hal kena buat bagi seseorang yang pakai kanta lekap ni..

Mesti PEMBERSIH sangat-sangat..sebab kanta lekap ni perlu di cuci dan dibuka setiap hari. Penjagaannya bagi cyma amat melecehkan..mana tak nya setiap berapa jam perlu titiskan ubat pelembab..@ perlu di buka. Jika melebihi had jam di gunakan mata akan merah. cyma ni pun kadang2 tertidur dengan cermin mata so macam mana nak pakai kanta lekap?silap2 hari bulan mata boleh kena jangkitan kuman pula.

Kanta lekap ni juga perlu di tukar mengikut tempoh. mungkin ada sesetengah kanta lekap yang hanya boleh di gunakan sehari, sebulan @3 bulan. so lepas tarikh expired tu kena la beli baru kan.. Tu pun ala2 pembaziran jugak la kan..Cermin mata hanya di buat sekali dan mungkin perlu di tukar dalam tempoh lebih setahun.

sekarang ni cyma tengok banyak pemakai kanta lekap yang menggunakan kanta lekap murah dan bersepah di jual di pasar malam @ bazar. Banyak artikel yang cyma baca tentang bahaya penggunaan kanta lekap murah ini. Selain tidak di ketahui tahap kebersihannya, juga tidak diketahui kandungan kimia yang terkandung di dalamnya. Bahaya tau so kalau nak pakai kanta lekap belilah di kedai yang bertauliah k. Jangan kerana harganya yang murah dan memiliki perbagai warna yang menarik kita memperjudikan kesihatan mata kita.

so tak pe lah kan..penjagaan dan pemakaian kanta lekap tu memang bukan untuk orang yang macam cyma ni...mahu kanta lekap tu hilang @  rosak..lagipun cyma gayat la nak masukkan benda tu kat biji mata...heheh
cyma selesa dengan imej cyma yang berkaca mata..
"biarlah ku sembunyikan keindahan mata ku..takut kang ramai lak yang jatuh cinta"...
bak kata lagu "dari kerana mata..yang mempunyai kuasa..ooo aku tergoda..aku tergoda terkecewa.."

ni bape keping gambar cyma dulu dan kini...saje je nak tunjuk perbezaan..hehehe

1st pakai cermin mata masa belajar POLI tahun 2003 ..time ni kt kelas je pakai. kalu x  tergantung kat leher baju.
sekarang: cermin ni dah patah dua.
2nd cermin mata ni buat tahun 2009. masih beli yang xde bingkai..
masa ni pun masih pakai bukak pakai bukak lagi
sekarang : cermin dah tercabut dari bingkai dan pecah sebab kena pijak oleh diri sendiri

cermin ke 3 tahun 2011: beli berbingkai Hitam + hijau
time ni dah xleh bukak2...hidup x lengkap tanpa cermin mata
konon tahan lama..tapi hampeh gak..
sekarang : patah dua sebab terpijak gak.

cermin ke 4: mula pakai tahun 2012.ni gambar br amik cermin mata
bingkai plastik hitam+oren
sekarang : bingkai plastik pun da tekangkang gak..
tanda2 nak tukar da ni...pening la cam ni...

muka tak pakai cermin mata...Dulu boleh lah
sekarang mahu aku keras kejung tak nampak paper..hehehe
kalau nak di kira-kira dah 4 kali cyma tukar cermin mata...
banyak..sebab cyma kelam kabut & careless..
Kalau semua masih boleh digunakan confirm leh jadi wasiat untuk anak cucu...hehehe

Tuesday, 12 February 2013

MEMULAKAN TUGAS

wahhhhhhhh..pejam celik pejam celik dah pun hari selasa.. dan cyma dah pun start kerja hari ni... Jalan raya still sunyi lagi. ye la hari ini masih cuti umum untuk johor..tp untuk company cyma just amik 1 ari je public holiday...

mesti syok kan untuk geng blogger yang bercuti panjang.. terutama yang berkerja di Company owner Chinese..confirm cuti seminggu sehingga mgu depan kan?? macam alid..syok melingkar kat umah yek...lagi2 johor tengah musim hujan macam ni..

walau apapun perasaannya...KERJA tetap KERJA...
banyak kerja yang menanti cyma atas meja...Start untuk memeningkan kepala..heheheh

p/s : selamat kembali bertugas kepada sesiapa yang da start keje hari ni..sama2 lah kita majukan company..benefit untuk kita pasti ada nnt..hehehe




Tips BURUK : JIMAT TANPA SEDAR

salam semua...

sebenarnya banyak hal yang kita lakukan seharian perlukan duit..
bak kata orang keluar saja dari rumah semua perlukan duit..termasuklah nak masuk tandas...

sebenarnya tanpa kita sedar ada beberapa perkara yang selalu kita buat & kita bayar boleh di jimatkan..

Jom tengok Rahsia Jimat Tanpa Kita Sedari..


  • Bawa sendiri air masak

air amat penting kepada tubuh badan kita dan kita juga digalakkan minum 8 gelas air kosong dalam sehari.. oleh itu bagi mengelakkan kita daripada membeli air mineral apa kata bawa sendiri air isian semula @ air masak dari rumah.

  • Membeli Secara Pukal 

Apa kata dalam list perbelanjaan bulanan kamu cuba untuk dapatkan barang-barang dalam kuantiti pukal. Walaupun nampak mahal tetapi jika kamu bahagikan dengan kuantitinya ia jauh lebih murah. Contoh barang yang boleh di beli pukal adalah seperti ubat gigi, sabun mandi dll

  • Keluarkan Wang Dari Bank Yang Sama


Tanpa kamu sedar semasa mengeluarkan wang dari mesin ATM yang lain charge bayaran perkhidmatan RM1 akan ditolak dari akaun anda.
cuba bayangkan sebulan kamu melakukan 5 transaksi = RM5
setahun =12 x 5 x RM1 =RM60..
itu pun jika dalam sebulan hanya 5 transaksi..oleh itu tips jimat adalah keluarkan wang dari mesin bank yang sama.

  • Meminjam lebih baik dari Membeli 


Jika kamu seorang yang gemar membaca, tips untuk berjimat adalah dengan cara membuat kad keahlian di Perpustakaan dan meminjam buku di perpustakaan. Faedah yang kamu perolehi adalah kamu dapat meminjam lebih banyak bahan bacaan. tp ingat elakkan dari lewat memulangkan buku yang telah di pinjam. Anda mungkin akan didenda atas kelewatan itu.

  • Tonton wayang pada waktu pagi 


Jika kamu amat gemar menonton wayang, apa kata kamu tukar jadual untuk menonton. harga tiket pada hari-hari biasa dan waktu pagi adalah lebih murah dibandingkan dengan pada waktu malam hujung minggu. Selain daripada selesa kamu juga boleh berjimat. Selain itu, kamu juga boleh menonton wayng selepas makan untuk lebih berjimat. Bila perut sudah kenyang pasti kamu tidak membeli snek-snek tambahan.


  • Kurangkan Bergaul dengan Rakan yang "high taste"


memang benar kita perlukan sahabat dan teman dalam hidup kita. tetapi adakalanya mendapat teman yang "high taste" memberi pengaruh buruk kepada cara perbelanjaan kamu. kamu terpaksa mengikut cara hidup mereka dengan makan di restoran yang mahal dan juga membeli barang-barang berjenama. tips untuk berjimat adalah berbelanjalah mengikut kemampuan diri anda bukan orang lain. Bak kata pepatah "ukur baju di badan sendiri"





          

Monday, 11 February 2013

KUNCI KESIHATAN

hai semua..

pejam celik dah pun tengahari kan.. hari-hari cuti macam ini mesti mak @ tukang masak  kt umah akan sediakan lauk dan juadah istimewa kan..

sebelum makan..cuba baca tips ni k..

Makan Secara SIHAT..KUNCI kesihatan yang baik..

AMALKAN 88888 setiap HARI

  • Berhenti makan sebelum kenyang (kira-kira 80% kenyang)

  • Makan malam sebelum jam 8 malam

  • Minum 8 gelas air kosong setiap hari

  • Tidur 8 jam sehari

  • Berjalan sekurang-kurangnya 8,000 langkah sehari @ paling baik 10,000 langkah

**sumber KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
* gambar dr google

itu je..nampak mudahkan..tp sebenarnya nak praktikkan dalam kehidupan perlukan usaha..
Kesihatan yang baik lebih berharga daripada wang ringgit...
Jom sama-sama jalani gaya hidup sihat..

p/s : geng blogger makan apa untuk tengahari ni?

Sunday, 10 February 2013

KERANA CINTA ker?

hai salam semua

JB hujan seharian...kejap lebat kejap renyai..memang syok tarik selimut...
tp kalu dah tido terlebih pun sakit kepala dibuatnya...

tetiba si alid dtg ketuk pintu n hantar burger...
wah cam tahu2 yek ngah lapar...

wah tetiba rasa touching sgt...loving2 la tu kan...

sebenarnya alasan yang paling best dia :

alid : jgn kacau aku k..aku nk main psp...hampeh sungguh..ingatkan cinta n amik berat

hahahaha...ni semua rasuah..dia taknak cyma mesg2 dia...dia suruh la makan pastu sure cyma ngantuk n tido punya..

burger daging special with cheese..
walaupun rupa xde..tp ni air tangan alid yang membuatnya sendiri...


p/s : kredit tuk kedai burger permas 7 yang selalu izinkan alid buat burger sendiri...

AL FATIHAH untuk Adik AHMAD ADAM SYUKRI



Kata orang daripada hidup menanggung derita...
relakanlah dia pergi untuk selamanya..
biarlah penderitaan itu pergi bersamanya...
pasti syurga menjadi tempatnya..
AL FATIHAH untuk adik AHMAD ADAM SYUKRI

salam takziah buat keluarganya..
semoga tabah menghadapi hari esk..




Thursday, 7 February 2013

Masih SEmangat!!!

Khamis yang menenangkan!!!

esok last keje!!!
pastu leh cuti panjang...
Yela kan musim perayaan cam ni walaupun aku tak de keturunan @ darah cina tapi excited la kan nak raya.. sebenarnya excited nak cuti 
bila tengok alid si cinta hati tu dapat cuti seminggu straight...peeh jeles betul ar..
tp ok gak ar..cyma pun cuti sampai Selasa...xde hal la kan..lame gak..
lagi pun pening la dok umah lama2..Kalu g ke mana2 @ bejalan syok gak...
tengok la..nak pujuk si alid tu bawak cyma bejalan...
dia tu kalu bab bejalan ada sikit mls..tp kalu pat mancing @ bola dia laju je..hehehe
sekarang consentrate nak buat keje...agak byk la kan..sebab audit dah pun call tanya account 2012..
cyma still kene review lagi..baru leh antar..

Wednesday, 6 February 2013

List LEPAK DIARI BURUK


hai semua..
Edit....
Delete..
Adjust...
TEpi sikit..
letak aras?bawah?tepi?
Pening-pening
tp the result memang puas hati
so terkeluar ar LIST LEPAK DIARI BURUK

ni semua untuk memudahkan cyma untuk blogwalking..dan mudahkan geng2 blogger untuk BW gak..
so jangan lupa tinggalkan link anda kat sini gak k..

List LEPAK diari buruk

1.diari buruk 2.You're next!  
Mister Linky's Magical Widgets
To add your link to the list, enter your name and URL in the form below and press Enter.
Your name:  
Your URL: 
Please leave a comment after linking... Thank you!
Click here for Mister Linky's name/URL cookie removal tool.

Tuesday, 5 February 2013

KEDAI CEKIK DARAH

salam semua...

cyma still x tido lg coz masih ada sisa-sisa kemarahan dalam hati ni..
so kena lah luahkan...nak dengar x?

Tengahari td cyma dan nani kirim makan nasi campur.. Si tukang beli ni pun dengan baik hati g belikan..tq yek Fauzi kalu x kak cyma kebulur..

nak di jadikan citer..Die balik bawak nasi tapau..siap ckp duit x cukup..

ok lah kan maybe salah cyma coz bg duit gam2 RM5..
ni nasi yang dia bawak balik..siap resit lagi

ni la nasi ngan IKAN KEMBUNG ASAM PEDAS SENSASI yang dia bawak balik...pelik apa yang sampai RM 11

tuan kedai siap bagi bil kot kiteorang x percaya..bengang betul..


ni la kedainya..ni bukan nak promote tp NAK BOIKOT...

cyma x puas hati siap cyma call tanya lagi..
 cyma : kak ikan kembung asam pedas tu akak jual bape sekor?  owner : sekor RM 8, RM 10 ngan Rm 12..ikut saiz...

tertelan air liur cyma..untuk ikan bodoh cam tu dia leh jual cekik darah..

 cyma : wah kak cepat la akak kaya kalu cam tu..
owner : kalu akak x kaya akak x bukak bisnes..

belagak punya orang...Ko tunggu la kan...

Bukan nak cakap apa la kan..kalu ikan merah ke ? ikan Pari ke @ asam pedan claypot ke dia jual mahal sampai RM8 sekor xpe la kan..ni IKAN KEMBUNG...sadis betul la owner kedai ni..

ini asam pedas nasi campur yang dah sedia masak dari pagi tu dia leh jual cekik darah..

benggang punya pasal cyma tulis email kat KPDNKK..biar padan ngan muka ko

nak menipu sgt kan ? nak untung byk kan? nak kaya cepat kan?

biar pihak berwajib je yang amik tindakan atas pekedai yang gile nak untung macam ni...

pengajaran kami ari ni : SUMPAH SEKALI JE LA KO RASA DUIT KITEORANG...

fuuh cam lega la kan dapat meluahkan perasaan...so leh la tido dengan tenang...

Monday, 4 February 2013

ISNIN yang INDAH

SElamat pagi semua.........
ISNIN datang Lagi..


mulakan hari anda dengan senyuman ari ni...
SETKAN MINDA ANDA NO MONDAY BLUES ok!!!


bila minda dah terset..segalanya pasti berjalan dengan baik..

bagi yang perlu bekerja, perlu pergi kuliah @ apa saja yang anda buat..
Buatlah dengan penuh SEMANGAT ok..

p/s : semangat nak g keje..sbb BOS XDE hehehe

madah Buruk : Dear BF


p/s : harap boleh begitu...

Sunday, 3 February 2013

madah buruk : PERFECT

♥• ..Ada ketikanya.. ♥•
Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita dalam keadaan teruji
Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuatkan kita terkeliru
Ada ketikanya insan yang kita sayang, selalu membuatkan kita terluka
Ada ketikanya insan yang kita sayang, semakin membuatkan kita terkilan
Ada ketikanya insan yang kita sayang, membuat rasa sabar kita kian menipis
Ada ketikanya insan yang kita sayang, mengguris hati kita hingga menitis airmata
Namun kita tetap menyayangi dia... Kerana APA? 

Kerana kita terima dia seadanya..




Madah Buruk : cinta

Hal terindah dalam sebuah hubungan adalah memaafkan dan mengakui kekurangan dan kelemahan masing2, 
dan berupaya untuk memberi yang terbaik demi mejaga sebuah perhubungan..

p/s : menerima dirinya seadanya..

Madah Buruk : Marah

Perempuan kalau tengah marah macam-macam dia cakap
tapi sebenarnya dia tak maksudkan apa yang dia cakapkan
Lelaki kena banyak bersabar

p/s: aku selalu gak buat benda ni

   

madah Buruk: Hikmah



Disebalik kekecewaan disitulah harapan ..

Disebalik kesedihan disitulah ketenangan ..
Disebalik kepahitan disitulah kemanisan ..
Disebalik kekesalan disitulah keinsafan ..
Disebalik kekhilafan disitulah pengajaran ..
Disebalik kebencian disitulah kasih sayang . 


p/s : setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

KAMI JUARA!!!LARKIN RANGERS

tahniah LARKIN RANGERS..

ALHAMDULILLAH kemenangan berpihak kepada LARKIN RANGERS dengan menundukkan Team SAUJANA FC 3-0..

Merupakan Juara sulung untuk PIALA AHLI MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAHTUAN HAJI SAPIEE BARIMA P.I.S LAS LEAGUE 2012/13

bergaya sebelum game..Gambar wajib






LARKIN RANGERS THE BEST
time amik pingat emas..hehehe





Aku dapat pingat...KAU ADA!!!hehehe


posing ngan PIALA kemenangan

 Kami LARKIN RANGERS


ni aku yang punya hah...walaupun pinjam

SUPPORTER terhebat...mesti nk posing gak ngan piala

Saturday, 2 February 2013

JOM JOIN SEGMEN blog kesayangan : BLOG COKLATEYES

salam semua..

Pagi ni cyma bw and jumpa segmen ni kat hanida moss n decide nak join n support gak blog innanie..

ni 1st segmen yang cyma join

so geng semua jom follow segmen ni gak k..

syarat2 dia senang je..

1.  kena follow blog innanie & like FB dia  - done
2. Wajib letak blog dia kat dalam blog list - done
3. buat entry untuk jemput geng-geng blogger yang lain  -done
4. and last sekali tinggalkan jejak kasih sayang korang kat kotak komen untuk segmen ni..-done

senang je kan...so pe lagi jom kite ramai2kan segmen ni...

Friday, 1 February 2013

Madah Buruk : Sahabat

HIDUP ini penuh dugaan: 


✿ Kadangkala kita rasa DEKAT dengan seseorang itu, tapi sebenarnya JAUH. 

✿ Walaupun kita dapat BERSAMA dia, belum tentu HATI dia dapat kita SELAMI. 

✿ Mungkin kita boleh buat dia KETAWA, tapi kita tidak tahu apa makna SENYUMANNYA. 

✿ Bila dia menangis kita rasa kita dapat MEMUJUKNYA, namun hakikatnya kehadiran kita langsung TIDAK 
    DISEDARI.

Kita tidak akan tahu siapa SAHABAT atau siapa LAWAN. 

Sehingga sampai saat kita JATUH TERSUNGKUR..
Tangan DIHULURKAN oleh insan yang bernama SAHABAT
 atau kita DITINGGALKAN oleh insan yang tak setia

namun aku juga tidak pasti
Adakah aku mampu MENGHULURKAN tangan
Atau sekadar MENINGGALKAN


namun aku berdoa aku boleh menjadi sahabat terbaik untuk saat susah dan senang..
kerana :-

Sahabat itu seperti bintang.
Tak selalu nampak tetapi selalu ada.
Sentiasa menemani bulan walau tak kelihatan..

BFF forever..tq susah senang sama2

we are Buddies since form 3..tq geng..

shell BFF..dah macam adik beradik..




List LEPAK diari buruk